Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 16 November 2011

Lagi pemimpin, menteri Umno dikaitkan dengan skandal NFC

PETALING JAYA 16 Nov: KEADILAN mendedahkan lebih banyak penyelewengan dalam Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan rekod kewangan NFC, KEADILAN mengenalpasti beberapa lagi penyelewengan yang turut membabitkan menteri dan pemimpin kanan Umno.
Menurut Saifuddin, NFC menyumbangkan lembu kepada menteri kerja raya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada 1 September 2009 bernilai RM5,281.87 dan seorang wakil rakyat Umno dikenali YB Yunus pada 30 November 2009 bernilai RM2,640.93.
Selain itu, katanya, NFC juga menjual lembu secara kredit selama setahun kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008.
Beliau dalam masa yang sama turut mendedahkan NFC turut membayar perbelanjaan Shahrizat sebanyak RM26,400 pada 2008.

Syarikat itu juga membayar RM398,640 kepada suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh pada 2009 sebagai bayaran sewa pejabat di Mont Kiara.
“Tindakan mengguna wang NFC dari dana RM250 juta untuk membayar sewa kepada pengarah-pengarah NFC juga perlu dijawab Datuk Shahrizat,” tegasnya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.
Menurut Saifuddin, sejak NFC menerima sepenuhnya pinjaman mudah berjumlah RM250 juta, syarikat itu tidak membayar walau satu sen kepada kerajaan, samada dari segi pembayaran pinjaman pokok atau faedah dua peratus yang dikenakan.
“Jika benar sebuah pinjaman mudah seperti didakwa pimpinan Umno, NFC perlu bayar sekurang-kurangnya RM5juta setahun kepada kerajaan persekutuan dalam bentuk faedah pinjaman,” katanya.Keadilandaily

1 ulasan:

ahlee berkata...

Ketua Dewan Ulama Pas Perlis melakukan hubungan Seks diluar Tabii

10:11 AM SUNGAI RAPAT ONLINE 1 comment


Ketua Dewan Ulama Pas, Perlis didakwa Mendera Isterinya. 10 Tahun Kahwin Isteri Hanya Diberi Nafkah RM300 Dan Pernah Dipukul.



Setakat ini tidak ada sebarang kenyataan dari Dewan Muslimat yang dahulu mempertahankan kaum hawa.


Difahamkan Ketua Dewan Ulamak Pas Abdul Rashid Rahman, 59 selalu melakukan hubungan secara kasar dan diluar tabii, Inilah yang menyebabkan isterinya tidak tahan didera.

Isterinya juga seorang ustazah yang mendakwa hanya menerima nafkah RM300 daripada suaminya, Abdul Rashid Rahman, 59, yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, sepanjang 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Dakwaan itu dibuat Siti Rosmala Mohamed, 37, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kangar, Mohd Zaidi Abdullah, pada hari pertama perbicaraan kes tuntutan fasakh yang difailkannya, semalam. Menurut Siti Rosmala lagi, nafkah RM300 itu diterima pada bulan pertama iaitu September 1999 dan tiada lagi nafkah sehingga hari ini.

Tidak cukup dengan itu Abdul Rashid juga dituduh mendera Isterinya ketika melakukan hubungan suami seks.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....