Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 Oktober 2011

Ditahan Jais : Kenyataan Terkini Bob Lokman

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kelmarin atas dakwaan memberi ceramah agama tanpa tauliah berkata, beliau tidak berminat untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, sebaliknya hanya mahu berdakwah.
Katanya, beliau lebih mengutamakan pemantapan akidah dan iman umat Islam di negara ini berbanding menceburi bidang politik yang disifatkannya sebagai rumit.
“Saya tidak berminat untuk menyertai politik, bukan bidang saya. Saya lebih mengutamakan kewajipan membantu umat Islam di negara kita ini supaya iman dan akidah mereka menjadi lebih mantap, saya tidak minat politik, rumit,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Pada 19 Februari lalu, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman menyerahkan borang menjadi ahli PAS.
Beliau menyerahkan borang itu kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Razak yang juga Menteri Besar Kedah pada majlis Himpunan 30,000 Pemuda PAS di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, Alor Setar.
Bob Lokman merupakan penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search.
Bob Lokman memberitahu beliau bersedia meninggalkan PAS jika Umno mengukuhkan pegangan dan ajaran Islam di negara ini dan tidak menolak kemungkinan sekiranya perkara itu dilaksanakan parti teras BN itu, PAS juga akan membubarkan partinya satu hari nanti.
Jais telah mengesahkan beliau ditahan kerana kesalahan memberi kuliah tanpa tauliah.
“Jika Umno BN kukuhkan Islam, saya akan keluar PAS, mungkin kalau itu berlaku PAS juga akan bubarkan parti itu,” katanya ketika menjelaskan situasi yang berlaku di sebalik penahanannya oleh Jais di Hulu Langat malam kelmarin.
Bob Lokman juga menegaskan penahanan beliau oleh Jais merupakan satu usaha Umno BN untuk mengekang usaha dakwah yang dilakukan golongan artis sepertinya bagi mengelakkan mereka menyertai majlis dan program anjuran PAS.
“Dengan berbuat demikian, mereka sangka akan dapat mengekang orang ramai daripada menghadiri majlis dan program PAS yang dilihat akan mendapat sambutan sekiranya melibatkan golongan artis sebagai tetamu undangan dalam program tersebut,” jelasnya lagi.
“Umno BN ini cuba untuk mengelakkan orang ramai daripada hadir majlis-majlis anjuran PAS supaya program mereka tidak mendapat sokongan, tapi mereka sebenarnya silap, kejadian seperti ini akan menjadikan golongan artis ini lebih popular, lebih diminati masyarakat,” katanya mempertikaikan tindakan tersebut.
Menjelaskan situasi sebenar ketika insiden penahanan, penulis lirik ini berkata, beliau menerima jemputan untuk menyampaikan ceramah di Masjid Sg Lui.
Namun, katanya, oleh kerana tiada tauliah, penganjur turut menjemput seorang ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Fakaruddin yang mempunyai tauliah untuk memberi ceramah berkenaan hidayah Islam.
“Saya kemudiannya dijemput oleh Ustaz Fakaruddin untuk menceritakan pengalaman saya sendiri, dan bercerita berkenaan hidayah yang saya terima,” ujarnya.

“Majlis itu turut dihadiri pegawai Jais dan juga kadi kawasan berkenaan,” jelasnya lagi.
Menurut Bob Lokman lagi, sebaik selesai solat Isyak, beliau dihampiri oleh seorang pegawai Jais dan memintanya berbincang berkenaan tauliah dan dia bersetuju untuk berjumpa pegawai berkenaan.
“Pegawai Jais datang kepada saya dan memberitahu saya akan ditahan kerana memberi ceramah tanpa tauliah, saya kata tahanlah, tapi mereka suruh saya ikut mereka ke balai polis dan mereka akan buat laporan polis terhadap saya, seterusnya akan buat bon untuk membebaskan saya,” ujarnya.
“Saya suruh mereka pergi ke balai polis dulu, kemudian baru datang ambil saya, nak tangkap orang mesti buat laporan polis dulu,” jelasnya lagi.
Tambah Bob Lokman, keadaan menjadi tegang akibat daripada campur tangan kadi yang menyatakan dia sengaja memberi alasan untuk mengelak daripada dibawa polis.
“Kadi masuk campur, dan berlaku pertengkaran antara kami, dia kata itu alasan saya untuk tidak mahu ikut mereka ke balai polis,” katanya memberi penjelasan terhadap insiden itu.
Bob Lokman juga menolak untuk pergi ke pejabat Jais untuk memberi kenyataan terhadap insiden tersebut, sebaliknya pihak Jais sendiri harus jemput dia di rumah kerana mereka ada kuasa.
“Mereka ada kuasa, datanglah jemput saya di rumah,” katanya.TMI

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kerana sekor RAJA, JAIS terus jadi lembu..

Cakap bukan main pandai ie "kalau nak buat sesuatu ingat kan Allah dulu"

Tapi, apa yang JAIS telah lakukan.
"INGAT RAJA DULU BARU TUHAN....."

APA...ingat RAJA tu lagi kebal dpd tuhan ke?

Tanpa Nama berkata...

Kita tengok pula bila artis pro BN/ UMNO ceramah agama di Selangor

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....