Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 Oktober 2011

PRU 13 : PAS yakin pertahan Kelantan

PETALING JAYA: PAS Kelantan yakin parti Islam itu akan terus memerintah selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata beberapa pemimpin PAS peringkat negeri itu hari ini.

PAS telah memerintah Kelantan sejak PRU 1990. Ketika itu PAS bekerjasama dengan parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah menewaskan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Mohamad Yaakob.

Ahli Parlimen PAS kawasan Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah berkata, sokongan rakyat kepada pimpinan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak berubah walaupun pelbagai kritikan dilemparkan terhadap beliau.

“Tidak ada tanda-tanda rakyat Kelantan akan menyokong BN secara besar-besaran dalam PRU ke 13. Saya ramalkan peluang BN merampas Kelantan kecil sahaja,” katanya.

Bekas Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula berkata, berita dan laporan BN akan merampas semula Kelantan timbul setiap kali PRU tiba.

Menurutnya, BN memainkan isu tersebut kononnya untuk memberitahu rakyat Kelantan bahawa orang Kelantan sudah membenci PAS.

“BN bangkitkan perkara ini bukan sekali dua tetapi sejak dulu lagi. Ini yang orang BN bercakap setiap kali musim pilihan raya. (Tetapi) Insya’Allah PAS akan terus memerintah Kelantan,” katanya yang juga ahli Parlimen PAS Pengkalan Chepa.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno Kelantan mendakwa BN akan merampas semula negeri itu dalam PRU 13 nanti.

Bendahari Umno Kelantan, Hanafi Mamat mendakwa rakyat Kelantan sudah mula memberi isyarat mereka tidak mahu lagi Nik Aziz menjadi menteri besar.

Nik Aziz menjadi menteri besar Kelantan pada 1990 dan beliau menjadi menteri besar kedua paling lama selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ketika ini BN Kelantan hanya menguasai lima dari 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas PRU Mac 2008.FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....