Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 9 Jun 2011

Kes Rasuah : Khir Toyo Bayar Artis Landskap Lebih RM6 Juta

SHAH ALAM, 9 Jun — Seorang artis landskap memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau telah dibayar RM6 juta untuk kerja-kerja mereka bentuk rumah ala Bali milik bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo.

Nasir Ismail, saksi ketiga pihak pendakwa dalam kes Dr Khir berkata bayaran itu dibuat dalam beberapa ansuran — lima daripada Shamsuddin Hayroni, dan lapan daripada menteri besar itu.

“Saya menerima RM500,000 tunai daripada Datuk Shamsuddin empat hingga lima kali,” kata Nasir di mahkamah hari ini.

“Saya berkata saya perlukan bayaran dan beliau berkata akan melaporkan kepada Datuk Seri (Khir),” katanya.

Artis landskap itu berkata Dr Khir telah melantik Shamsuddin, yang merupakan pengarah Ditamas Sdn Bhd, untuk mengendalikan kesemua isu berkaitan dengan aspek renovasi rumahnya kerana bekas menteri besar itu tiada masa untuk mengendalikannya.

“Saya pergi jumpa Datuk Seri (Dr Khir) di kediaman rasminya untuk mendapatkan baki fi,” kata Nasir.

“Saya pernah menerima RM500,000 dalam tujuh, lapan ansuran,” katanya.

Nasir berkata beliau menerima bayaran dalam bentuk tunai sebab diisytihar muflis pada 1998 dan tiada resit untuk bayaran memandangkan Dr Khir mahukan cara sebegitu.

Dr Khir didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada Ditamas.

Bekas menteri besar Selangor itu didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta daripada Saiful.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.

Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan beliau untuk melakukan kesalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Bagaimanapun, Isnin lalu pihak pendakwa telah menggugurkan tuduhan ke atas Shamsuddin.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dr Khir yang menjawat jawatan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....