Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 3 Jun 2011

Muktamar Tahunan PAS : Muktamad, PAS-Umno Tidak Akan Bergabung

GOMBAK: PAS sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan Umno khususnya berkaitan dengan penggabungan ataupun kerjasama politik.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebaliknya berkata, parti itu tegas dan konsisten untuk terus bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

"Untuk gabung dalam pilihan raya... tak ada. Tapi kalau nak bincang untuk cari persefahaman mewujudkan satu sistem pilihan raya yang adil, itu boleh," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Muktamar PAS ke-57 di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai polemik yang dibangkitkan Umno khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang berterusan mengajak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat yang disifatkan gagal memperjuangkan agama, bangsa dan negara.

Dalam pada itu, Abdul Hadi mempersoalkan keupayaan Umno untuk berhadapan dengan rakyat khususnya apabila terus membangkitkan isu kerajaan perpaduan terutama menjelang pilihan raya umum ke-13 .

"Susah sangat ke Umno sekarang ini? Susah sampai nak memerlukan PAS (untuk kerjasama)?

"Kita akan terus dengan Pakatan Rakyat mengikut agenda yang kita atur dan seterusnya untuk berhadapan pilihan raya umum," ujarnya.Mstar

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....