Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 21 Mei 2011

Mohamad Sabu Sahkan Bertanding Jawatan Tim. Presiden Pas

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu hari ini mengesahkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu pada pemilihan bulan depan.

Mohamad (gambar) atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” berkata, surat rasmi penerimaan pencalonan akan diserahkan kepada jawatankuasa pemilihan dalam tempoh terdekat.

Tarikh akhir menyerahkan borang makluman rasmi bertanding adalah 26 Mei ini.

“Saya seperti sebelum ini berkata bersedia menawarkan diri untuk bertanding jawatan timbalan presiden PAS.

“Ya, saya sah akan bertanding dan borang maklumat rasmi bertanding akan saya serahkan esok atau lusa,” katanya pada sidang media di sini.

Ketika ditanya mengenai jumlah pencalonan yang diperoleh, Mohamad bagaimanapun enggan memberikan jawapan, sebaliknya berkata, “ia memberangsangkan.”

“Kalau jawatankuasa pemilihan juga rahsiakan, saya juga akan rahsiakan, apa yang boleh saya katakan ia memberangsangkan.

“Saya bersedia bertanding jawatan timbalan presiden sekiranya ada pertandingan sebab saya tidak tahu siapa yang akan bertanding,” katanya.

Difahamkan Mohamad menerima pencalonan yang paling tinggi bagi jawatan itu.

Seramai enam orang layak bertanding jawatan itu termasuk penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa, dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memutuskan untuk tidak bertanding jawatan itu, sebaliknya akan mempertimbangkan untuk mempertahankan jawatan yang disandang sekarang.

Mohamad pernah mencuba nasib merebut jawatan nombor dua itu pada pemilihan 2009 tetapi tewas.

Sementara itu, Bendahari PAS Dr Mohd Hata Ramli yang turut hadir pada sidang media hari ini berkata, beliau masih belum memutuskan sama ada mahu bertanding jawatan naib presiden atau tidak.

“Saya belum menerima surat rasmi lagi, saya akan lihat jumlah pencalonan dulu.

“Kalau kehadiran saya bagi jawatan itu akan menaikkan PAS, saya akan bertanding,” katanya.

Setakat ini hanya Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad sudah mengesahkan akan bertanding jawatan itu.

Seramai 14 orang layak bertanding jawatan itu.

Ketua Penerangan Ulama PAS Nik Zawawi Nik Salleh memutuskan untuk tidak turun gelanggang dengan alasan mahu memberi peluang kepada orang lain.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....