Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 24 April 2011

Pemilihan Parti : Pas Yakin Tiada Perpecahan

KUALA LUMPUR – Pas yakin perpecahan tidak akan berlaku dalam parti itu kerana mempunyai budaya tersendiri dalam memilih pemimpin, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Oleh itu katanya, pemilihan parti tetap dilakukan walaupun ada desas-desus mengatakan bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada tahun ini.

“Walaupun ada pertandingan, ia tidak akan merosakkan perpaduan dalam Pas melainkan jika pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun juga. Kalau begitu barulah kita fikir kembali, tetapi saya tidak fikir begitu,” katanya.

Barisan Nasional (BN) misalnya, menangguhkan pemilihan parti masing-masing tahun ini kerana bimbang pemilihan akan mengganggu persiapan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Ditanya mengenai isu yang mungkin panas diperkatakan sepanjang Muktamar Pas kali ke-57 ini, Mustafa berkata, kemungkinan isu utama yang disentuh adalah persiapan Pas menjelang pilihan raya umum.

“Isu ini akan diperkatakan, bukannya isu kerajaan perpaduan lagi. Ingin saya tegaskan isu kerajaan perpaduan sudah tutup buku, tidak perlu dibangkitkan lagi,” katanya.

Menurutnya, terdapat 179 kawasan menjalankan mesyuarat bermula April hingga Mei untuk mencalonkan pemimpin dan tarikh tutup menghantar borang pencalonan pada 15 Mei depan.

“Dalam budaya Pas masing-masing tahu etika kempen, perwakilan kenal pemimpin dari segi potensi. Dari pengalaman lepas sesiapa yang kempen secara berlebihan tidak akan menang.

“Etika tidak boleh minta jawatan kerana ia akan disalah-ertikan. Jika ada yang guna laman web untuk berkempen, kita tidak boleh halang kerana pengikut yang lakukan,” katanya.

Mengulas kegagalan Pas merampas sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini, Mustafa berkata Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak harus dipersalahkan.

Katanya, tugas memenangi pilihan raya adalah tugas bersama dan tidak bijak jika meletakkan beban kekalahan tersebut hanya di bahu seorang sahaja.

“Kita tidak boleh melihat keputusan di Sarawak sebagai kegagalan. Jika mahu ukur, saya rasa lebih banyak Pas mencapai kejayaan sebelum ini,” katanya.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....