Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 9 April 2011

SPRM VS Kastam,Apa Kata Mereka...



SPRM kata,kami jumpa jutaan ringgit dalam akaun pegawai2 Kastam...


Dipetik Dari The Malaysian Insider...

KUALA LUMPUR, 9 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berjaya mengesan beberapa juta wang dalam akaun pegawai-pegawai Kastam Diraja Malaysia yang ditahan dalam Operasi 3B, termasuk lebih RM2 juta dalam akaun salah seorang bekas pengarah jabatan itu.
Akhbar The Star dan Utusan Malaysia melaporkan bahawa pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes itu secara terperinci telah mengesan pembabitan sebuah syarikat yang dipercayai berperanan memasukkan wang-wang tersebut ke dalam akaun pengarah berkenaan.
“Tindakan itu dibuat atas arahan pengarah itu ketika beliau masih berkhidmat.
“Pasukan itu turut mengenal pasti beberapa pegawai kastam yang memiliki kemewahan di luar kemampuan berbanding pendapatan mereka sebagai penjawat awam,” kata sumber itu.
Menurutnya, pasukan khas tersebut tidak berputus asa untuk meneruskan siasatan walaupun ada cubaan untuk menghalang tindakan itu berikutan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed pada Rabu lalu.
“Usaha sedang dijalankan untuk membekukan akaun pegawai-pegawai berkenaan.
“Siasatan SPRM tidak terjejas malah masih giat diteruskan dan mengikut maklumat, ada berbilion ringgit lagi masih berada di luar negara. Siasatan turut melibatkan pegawai-pegawai yang sudah bersara,” katanya.
Seramai 62 pegawai Kastam pelbagai pangkat termasuk seorang wanita ditahan manakala berjuta-juta wang, akaun dan barangan berharga termasuk rumah dan kereta disita dalam operasi besar-besaran SPRM di Pelabuhan Klang, Kuantan, Johor dan Pulau Pinang sejak Isnin minggu lalu.
SPRM menganggarkan lebih RM10 bilion wang rasuah itu telah dipindahkan secara haram ke luar negara, manakala negara kerugian akibat kehilangan pendapatan sebanyak RM108 bilion akibat tindakan tangan-tangan kotor tersebut.
Dalam operasi baru-baru ini, ada di antara yang ditahan memiliki akaun simpanan berjumlah setengah juta dan kereta mewah, simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) berjumlah RM200,000 dan jam tangan mewah diperbuat daripada emas.
Bagaimanapun kesatuan dan persatuan pegawai kastam mempertikaikan operasi dan siasatan SPRM.

 
Kastam kata,jangan sakiti pegawai kami...

Dipetik Dari Free Malaysia Today...

PETALING JAYA: Pihak Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) hari ini mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak ‘menyakiti’ mana-mana pegawainya yang ditahan untuk siasatan.
Presiden Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia Ibrahim Ahmad berkata pihaknya bimbang sekiranya wujud salah guna prosedur SPRM semasa siasatan dijalankan terhadap kakitangan atau pegawai mereka.
“Kita minta supaya janganlah ada pegawai kami dipukul atau dijentik semasa ditahan.
“SPRM perlu lebih bertanggungjawab menjalankan siasatan mereka,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KDRM disini hari ini.
Beliau bagaimanapun berkata pihaknya setakat ini belum pernah menerima aduan daripada pegawainya yang pernah dilakukan sedemikian semasa disiasat SPRM.
Ibrahim berkata, pihaknya juga mahu persepsi buruk yang dilemparkan sesetengah pihak terhadap pegawai kastam dihentikan termasuk dikaitkan dengan punca kerugian pendapatan negara sebanyak RM108 bilion akibat perbuatan rasuah.
Minggu lalu Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata jumlah RM108 bilion itu adalah anggaran kerugian pendapatan negara akibat perlakuan jenayah yang turut melibatkan pelbagai akta di bawah SPRM, JKDM, polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Angka serta input yang didedahkan daripada Unit Perisikan Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) itu melaporkan RM108 bilion hasil negara lesap setiap tahun antaranya akibat perbuatan ‘tangan kotor’ pegawai yang mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa, sebelum wang yang diterima itu kemudiannya dipindahkan ke luar negara.
“Kami pegawai kastam dalam penjawat awam hanya bergred W, bermakna gaji kami sama macam gaji tukang masak saja,” katanya.
Sehubungan itu, pihaknya membuat keputusan mahu berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pengarah SPRM Datuk Abu Kassim Mohamed Selasa depan bagi menuntut penjelasan sekaligus mahu membersihkan imej KDRM.

Kastam mahu bersihkan imej

Dalam keputusan bersama yang turut dipersetujui Persatuan Pegawai Kanan Kesatuan Kastam Malaysia serta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs), Ibrahim berkata pihaknya akan meminta pandangan daripada Najib untuk membantu membersihkan imej dan persepsi orang awam terhadap jabatannya.
Manakala perjumpaan dengan Abu Kassim itu nanti akan dilakukan bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan yang mengaitkan pihaknya dengan kehilangan RM108 bilion dan kaedah yang digunakan SPRM semasa menyiasat pegawainya serta isu kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed.
Sarbani, 56, dijumpai mati digelanggang badminton selepas jatuh daripada tingkat tiga bangunan SPRM di Jalan Cochrane di Kuala Lumpur pagi Rabu lalu.
Beliau antara 62 pegawai kastam yang ditahan semasa Operasi 3B yang dijalankan SPRM dan enam agensi lain pada 1 April lalu di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, penggubahan wang haram dan beberapa kesalahan lain.
Beliau dilepaskan dengan jaminan pada 2 April lalu selepas didakwa dimahkamah.
Allahyarham dikebumikan di pusat pengkebumian Islam Kota Damansara pada jam 6.30 petang semalam.
Ketika ditanya pemberita perlunya sebuah Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), Ibrahim bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak mahu isu tersebut diambil kesempatan untuk dipolitikkan oleh pihak tertentu.
“Kita serahkan saja (RCI) kepada pihak yang lebih bertanggungjawab untuk tentukannya.
“Kita tak mahu ada apa-apa andaian terhadap isu tersebut kerana kastam satu-satunya badan beruniform yang menjana ekonomi negara.
Sementara itu, Presiden Ceupacs Datuk Omar Osman berkata dalam pertemuan itu nanti pihaknya juga mahu agar nama Ahmad Sarbani dibersihkan daripada tuduhan membunuh diri.“Beliau seorang pegawai yang sangat jujur,” katanya.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....