Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 30 Mac 2011

Elia Suhana sah isteri kedua bekas Sultan Kelantan

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Elia Suhana Ahmad, 32,(gambar) disahkan kekal sebagai isteri kedua bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra selepas Mahkamah Rayuan Syariah Kota Baru hari ini membatalkan permohonan Datin Nik Rorhana Wan Abdul Rahman untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini.

Pada 5 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baru menolak permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap Elia Suhana yang difailkan oleh Nik Rorhana, 9 Mac 2010.

Laporan media menyebut tiga panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang bersidang hari ini, dengan dipengerusikan Datuk Daud Muhamad bersama-sama Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Datuk Dr. Johari Mat, membatalkan permohonan Nik Rorhana.

Utusan Online menyebut, Hakim Daud dalam penghakiman ringkasnya berkata, mahkamah juga telah menerima surat daripada peguam perayu yang menyatakan tidak lagi bertanggungjawab terhadap kes tersebut.

Beliau turut memerintahkan supaya perayu membayar kos sebanyak RM5,000 sebagaimana dipohon oleh peguam Elia Suhana, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut, panel hakim itu juga menolak rayuan kes itu disebabkan peguam Nik Rorhana, Zainul Rijal Abu Bakar telah menarik diri daripada kes itu tiga hari lepas dan penarikan itu dimaklumkan kepada pihak mahkamah melalui sepucuk surat.

Daud berkata, penolakan rayuan permohonan pengesahan lafaz cerai diputuskan mengikut Seksyen 121 (C) Enakmen Tatacara Syariah 2002.

Ketika bercakap kepada pemberita di pekarangan mahkamah, Elia Suhana berkata dia gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah berkenaan serta menganggapnya sebagai satu hadiah buat suaminya sempena hari keputeraan baginda esok.

“Sekarang ini saya boleh tumpukan kes tuntutan hak lawatan ke atas suami saya,” katanya Elia Suhana.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....