Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 Mac 2011

Samakan Tok Guru Nik Aziz Dengan Ayah Pin,Laporan Polis Dibuat Terhadap Farahhana Jamaludin

Laporan Polis terhadap Farahhana dibuat Pas Kuala Kedah di Balai Polis Anak Bukit

ALOR SETAR - Kira-kira 20 ahli Pas Kuala Kedah membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan yang menyamakan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Mohammad.

Laporan terhadap Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaluddin( gambar kiri ) itu dibuat di Balai Polis Anak Bukit, di sini, kira-kira jam 2 petang, semalam.

Setiausaha Pas Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, kenyataan Farhana bertajuk ‘Imej Nik Aziz sama Ayah Pin?’ yang disiarkan sebuah akhbar mingguan 6 Mac lalu berniat jahat dan cuba menjejaskan imej Nik Abdul Aziz sebagai tokoh politik dan agama sejak hampir lima dekad lalu.

Menurutnya, kenyataan itu memberi gambaran seolah-olah Nik Abdul Aziz dan juga ahli Pas adalah golongan sesat yang perlu dibanteras seperti pengikut Ayah Pin di samping menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan umat Islam di negara ini.

“Kenyataan ini telah memfitnah Tuan Guru Nik Aziz sebagai orang yang mengangkat diri ke tahap yang suci dan tidak boleh ditegur seperti Ayah Pin.

“Sepanjang lebih 40 tahun penglibatan beliau dalam politik, Tuan Guru Nik Aziz sentiasa membuka pintu untuk berbincang dengan pelbagai pihak bagi tujuan mencari kebenaran dan dakwaan ke atas beliau adalah berbaur hasutan,” katanya sewaktu ditemui :Sinar Harian sejurus selepas laporan polis dibuat.

Ridzwan berkata, tindakan akhbar berkenaan yang memberi ruang kepada kenyataan provokatif ini juga amat biadab yang boleh terus menimbulkan pergeseran dan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

“Kedua-dua pihak (Farahana dan akhbar berkenaan) perlu disiasat berkenaan dengan kenyataan berbaur hasutan dan menjurus kepada permusuhan.

“Selain itu, Pas Kuala Kedah turut membuat aduan kepada Pejabat Mufti Negeri Kedah kerana menyifatkan kenyataan media itu dibuat oleh individu yang tidak mempunyai autoriti keagamaan.

“Sekiranya tiada tindakan diambil pihak berkaitan, saya sendiri akan mengemukakan saman ke atas kedua-dua pihak terbabit,” katanya.

Sebelum ini, akhbar terbabit menyiarkan laporan bahawa imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....