Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 Februari 2011

Fitnah 2 : Peguam Anwar Dakwa Saksi Berbohong


KUALA LUMPUR: Pada perbicaraan sebelah petang kes liwat II membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan peguam bela Sankara Nair terus menyoal balas saksi kedua, iaitu pakar patologis Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng.
Sankara berkata tiada dalam laporan kimia menyatakan ujian dilakukan ke atas bahan bukti berdasarkan keterangan awal Dr Siew. Tambahnya, Dr Siew membuat analisis berdasarkan laporan perubatan yang tidak lengkap.
“Anda hanya berdasarkan laporan tidak lengkap dan membuat kesimpulan ada panetrasi,” kata Sankara. Namun, cadangan itu ditolak doktor berkenaan, justeru Sankara membangkitkan isu bekas yang digunakan untuk menyimpan spesimen yang diambil daripada Saiful yang tidak ‘kalis suhu’.
kemudian didedahkan contoh bekas spesimen yang digunakan HKL. Dr Siew turut menjelaskan cara spesimen disimpan dalam bekas itu, selain tandatangan pada botol tersebut.
Bagaimanapun, Dr Siew mengatakan beliau tidak menandatangani plastik termateri yang memuatkan botol itu.
Dalam pada itu, mahkamah diberitahu Dr Siew turut mengambil sampel daripada mulut dan lidah pengadu kerana Saiful mendakwa diarah melakukan seks oral ketika kejadian.
Dakwaan seks oral itu mengejutkan kerana tiada tuduhan tersebut dikaitkan dalam kes itu sebelum ini
Sankara berkata adalah penting bagi seorang doktor untuk mengambil sampel daripada dubur pengadu kerana kes itu melibatkan tuduhan liwat.
“Panetrasi dubur amat penting tapi anda (Dr Siew) hanya mengambil sampel daripada mulut dan lidah,” ujar Sankara. Peguam bela terus mempersoal protokol asas yang dilakukan pakar perubatan dalam kes liwat. Beliau menyatakan Dr Siew mengemukakan jawapan secara selektif dan bias terhadap tertuduh.
“Anda (Dr Siew) tidak jujur di mahkamah dengan cuba menyembunyikan sesuatu yang menyebelahi Anwar. Anda hanya menyatakan perkara yang prejudis terhadap anak guam saya,” tambah Sankara lagi.

Perbicaraan kes Fitnah II turut dikejutkan apabila saksi ke-4, pakar jagaan kecemasan HKL, Dr Khairul Nizam menjelaskan Saiful sudah membersihkan diri sebelum hadir ke HKL pada 28 Jun 2008. Ketika disoal Sankara, Khairul berkata Saiful tiba di pusat trauma HKL jam 5 petang dan kesnya dikendalikan pukul 9 malam hari sama.
Khairul berkata, Saiful kelihatan tenang ketika memeriksa pengadu itu. Ditanya lanjut, Khairul menjelaskan kelakuan itu bukan tingkah laku yang normal.
Sankara Nair ketika ditemui pemberita di luar perkarangan mahkamah berkata, keterangan itu mengejutkan kerana ia bercanggah dengan keterangan Saiful sebelum ini yang mengakui tidak mandi selama dua hari selepas kejadian diliwat.
“Dalam kenyataan Saiful kata dia telah bersihkan diri,” jelas beliau. Menurutnya, keterangan Dr Siew juga menyaksikan banyak maklumat bercanggah dan bias ketika memberi keterangan.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....