Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 14 Februari 2011

Gaps Dicabar Dedahkan Siapa Adun Selangor Yang Hidup Mewah

SHAH ALAM 14 FEB : Adun Sekinchan, Ng Sue Lim menggesa Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) segera mendedahkan siapakah wakil rakyat yang didakwa gabungan itu sebagai hidup mewah yang luar biasa.

Beliau ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kerajaan Selangor tidak akan berkompromi sekiranya ada di antara Adun mereka yang memungut kekayaan kerana salah laku mahupun penyelewengan.

" Dedahlah! Saya mencabar mereka kalau ada bukti,dedahkan. Kalau sekiranya ada penyelewengan dalam Pakatan Rakyat, yang hidup mewah selepas menang, yang dulu miskin, sekarang kaya raya. Tolong dedahkan, kita setuju. Kita mengamalkan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan keterbukaan. Sekiranya ada, tolong dedahkan," tegas Sue Lim.

Pengerusi Gaps,Hamidzun Khairuddin dalam Sinar Harian hari ini berkata, Gaps sedang mengumpulkan maklumat mengenai sepuluh Adun yang dimaksudkan.

Mereka didakwa memiliki kereta mewah dan juga banglo selepas tiga tahun menjadi wakil rakyat. Namun katanya, pendedahan hanya akan dibuat tidak lama lagi.

" Saya rasa senang sahaja (dalam kes ini). Tidak perlu beliau cuba untuk mendedahkan, cuba untuk mencabar, cuba untuk menghebohkan! Beritahu sahaja kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebab SPRM adalah konco mereka dan mereka akan siasat," tambah Sue Lim lagi sambil berkata, beliau ragu dengan peranan Gaps yang mendakwa mereka sebagai badan bukan kerajaan.

Menurut Sue Lim, beliau meragui sejauh mana Gaps yang diketuai oleh bekas Setiausaha Umno bahagian Kapar sejak 2008 yang hanya meletakkan jawatan untuk mengetuai Gaps awal tahun ini, menjalankan tugas sebagai sebuah badan bukan kerajaan.

" Saya juga hendak minta "Gabungan Anggota Pengikut Sesat (GAPS)" yang diketuai oleh Hamidzun ini patut juga pada masa yang sama yang kononnya sebagai NGO,walaupun menipu, cuba lah tengok sendiri, cerminlah diri dahulu pemimpin Umno termasuk ketua bahagian. Jangan kata ADUN, ketua bahagian yang ada sekarang. Yang kaya raya dan termasuk ADUN satu penggal. Baru satu penggal," kata Sue Lim.

Sementara itu, Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali berkata, Gaps perlu membuktikan sama ada dakwaan mereka bersandarkan fakta atau hanya andaian semata.

Ujar beliau, kalau ia hanya satu andaian maka apa yang katakan oleh pengerusi Gaps itu adalah fitnah.

" Persoalannya sekarang ialah, adakah berlaku penyelewengan kuasa, penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan seseorang itu kaya?," kata Dr Halimah.

" (Tapi ada juga) di antaranya orang (ADUN) yang sememangnya berjaya dalam perniagaan dan sebagainya," jelas Dr Halimah seraya menegaskan penjelasan perlu diberikan oleh Gaps supaya kerajaan negeri boleh bertindak jika dakwaan tersebut adalah benar.TVS

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....