Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 18 Disember 2011

Kesetiaan saya dengan PAS masih kukuh - Ust Nasharudin Mat Isa

KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa yang dikaitkan dengan desas-desus akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum ke-13 dan kemungkinan keluar PAS menegaskan, beliau masih percaya dan setia dengan parti Islam itu.

“Kepercayaan dan kesetiaan saya kukuh terhadap PAS,” kata beliau dalam temu bual dengan Berita Minggu disiarkan hari ini.

Menjawab soalan sama ada akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13, Ahli Palimen Bachok ini berkata, beliau masih belum membuat keputusan sama ada secara peribadi mahupun “diarah pimpinan parti.”
Kata Nasharudin, beliau juga tidak memikirkan dengan serius hal tersebut sebab ada banyak perkara yang perlu dibereskan.“Saya balik kawasan di Bachok dan uruskan masalah rakyat macam biasa. Saya akan tentukan bertanding atau tidak apabila tiba masa,” katanya lagi.

Nasharudin (gambar) bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disebut-sebut akan digugurkan daripada mempertahankan kerusi masing-masing.Hasan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia.

Minggu lalu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali menganggap Hasan dan Nasharudin sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.Mustafa  berkata, Hasan yang merupakan bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.
Nasharudin dalam kenyataan kepada Berita Harian minggu lalu ada menyebut beliau berasa pelik dengan politik semasa PAS.Mustafa juga berkata Nasharudin tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar lalu walaupun dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Hasan pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah menghadiri mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.Dalam temu bual terbaru ini, Nasharudin menambah, PAS sebagai organisasi Islam telah dan harus konsisten dengan wajah Islam.

Katanya, jangan sampai pegangan berpandukan al-Quran dan hadis yang menjadi tunjang dipinggirkan kerana terlalu sibuk layan matlamat dan permasalahan.“Politik banyak diwarnai persepsi dan ini perlu ditangani dengan teliti.“Tanggapan di luar ialah PAS nampak longgar dalam beberapa perkara, ini bahaya,” katanya yang tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

Kata Nasharudin, PAS mesti kembali berpegang kepada prinsip asal dan jangan semata-mata hendak raikan suasana politik.“Kita berpolitik lebih daripada berpegang kepada panduan syarak.“Saya tak nak sebut mana-mana pihak atau individu secara spesifik tetapi jika kita sebut pada prinsip, keadaannya harus begitu,” kata beliau.

Menurut beliau, Islam agama fleksibel dalam banyak aspek termasuk politik, tetapi jangan sampai “kita menggadai apa yang perlu diberi keutamaan.”“Kepentingan Islam dan umatnya harus berada di tangga teratas tanpa menafikan hak lain kerana kita dituntut berlaku adil,” katanya lagi.TMI

Ulasan Tinta Hijau DKB

Benarkah Ustaz ???? Sebagai ahli Pas peringkat bawah yang sering mengikuti dari jauh jatuh bangun Pas dalam arena politik negara,secara peribadi aku sedikit terkilan apabila S/U Agung Pas mendedahkan,Ust Nasha tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar lalu walaupun dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Lebih tepat lagi beliau seakan menjauhkan diri apabila tewas pada Mat Sabu dalam  perebutan jawatan Tim. Presiden Pas.Tidak hadir mesyuarat,menjauhkan diri dari program parti dan tidak lagi berceramah seperti dulu.Beliau hanya muncul apabila soal pencalonannya ditimbulkan YB Saari Sungib.

Inikah bentuk kesetian kepada parti yang telah menjulang beliau sehingga berjaya menjadi ahli parlimen ? Untuk rekod,Mat Sabu dan Husam Musa juga pernah tewas dalam perebutan jawatan Tim. Presiden Pas dulu,tapi mereka tetap komited dengan parti,berceramah dan hadir mesyuarat seperti biasa.Inilah yang membezakan mereka dengan Ust Nasha.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

enta dok kat kaki bukit mana nak nampak puncak. setakat nak comment on surface better tak payah...

Tanpa Nama berkata...

ustad Nasha + Hassan Ali leh jadi Maharaja Lawak la..... setia taik kucin depa..... dok buat public statement cari publisiti murah dan sokongan UMNO setia ka namanya tu???

TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT berkata...

Tanpa nama 11 : 07 PTG.Apa yang aku komen tu adalah kebenaran yang tidak boleh disembunyikan.Pemimpin datang dan pergi tapi Pas tetap utoh dengan dokongan ahli dan penyokong yang komited dengan perjuangan parti tanpa taksub dengan mana2 pemimpin.Pemimpin disokong selagi mana mereka berpegang dengan dasar perjuangan Pas.Itulah sebenarnya yang membuatkan Pas mampu bertahan sehingga hari ini....

kem aman berkata...

pak syeikh... tak naik pentas ceramah sebab tak de jemputan untuk berceramah.. tak kan ustaz Nasa terhegeh2 pi kat tempat ceramah kata : "saya nak tumpang ceramah malam ni, boleh.....?"

cuba anta cadang ke mana2 kawasan supaya panggil ustaz Nasa bagi ceramah, kalau kluk klek banyak alasan, baru lah boleh kata dia sudah tak nak naik pentas...

solanya sekarang, kawasan mana yang nak jemput ustaz Nasa???

Noah Zig berkata...

Ya kenyataan nasha sangfat-sangat diragukan kalau dilihat kepada tindakannya. Action speaks lauder than word.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....