Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 12 Disember 2011

Hudud : Keangkuhan Soi Lek Terserlah

KUALA LUMPUR, 12 Dis ― Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kesal dengan keangkuhan dan sikap tertutup Datuk Seri Chua Soi Lek( gambar ) yang enggan memohon maaf, meskipun diberi 48 jam, berhubung kritikan beliau kemukakan terhadap pelaksanaan hukum hudud.

Setiausaha Agungnya Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, walaupun menjunjung tinggi kebebasan bersuara yang dianjurkan menerusi lunas-lunas demokrasi, namun ia tidak memberi ruang seluas-luasnya untuk pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk menyinggung sensitiviti agama.

Katanya, umat Islam adalah teras ‘political will’ di negara ini dan perlu dihormati.

“Kuasa-kuasa berkenaan urusan hal ehwal Islam dinaungi oleh Yang di-Pertuan Agong serta Raja negeri-negeri Melayu.

“Justeru, sebarang perkara berkaitan Islam termasuk hudud yang dibicarakan oleh Datuk Chua telah secara langsung menyentuh bidang kuasa Yand di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama di negara ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu kata beliau, ABIM menggesa hukum hudud tidak dipermainkan sebagai instrumen populariti politik Dr Chua dan pihak-pihak yang berkepentingan.

“ABIM juga kesal dengan kegagalan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk memberi peringatan serta mengambil tindakan tegas terhadap kenyataan-kenyataan yang dikemukakan oleh Datuk Seri Chua Soi Lek agar insiden ini tidak diulangi,” katanya lagi.

Mohamad Raimi berkata, ABIM menilai kenyataan dangkal Dr Chua itu hanya bersifat spekulatif semata-mata tanpa merujuk serta mengemukakan fakta akademik yang kukuh.

“ABIM juga merasa kecewa terhadap tindakan beliau yang cuba mengaitkan hudud dengan parti-parti politik ataupun pertubuhan bukan kerajaan tertentu.

“Ini memandangkan kritikan beliau itu (terhadap hudud) bersifat umum tidak disasarkan pada parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan tertentu,” katanya sambil menambah, ia secara langsung jelas menunjukkan ceteknya kefahaman beliau terhadap hudud secara keseluruhan, meskipun pihak ABIM telah menawarkan penjelasan akademik dan membuka ruang dialog kepadanya sepertimana yang dinyatakan dalam memorandum kepada beliau sebelum ini.

Jumaat lalu, ABIM memberi tempoh 48 jam kepada Dr Chua untuk meminta maaf berhubung kenyataannya berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....