Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 13 Disember 2011

Apa model hudud Perkasa jika mereka tolak hudud PAS?


 Oleh RUHI HAYATI THANI

DALAM Perhimpunan Agung Umno, Timbalan Presidennya, Muhyiddin Yassin telah membacakan doa Rabitah yang boleh ditemui dalam Al-Ma’thurat. Ia disusun oleh Imam Hasan Al- Banna. Hal Umno mesti berjihad dan berinfak juga bergema di bibir Muhyiddin yang menjadi imam saat mewiridkan lafaz sumpah bai’ah itu.

Nampaknya Umno mula belajar mengenali Islam Haraki walaupun para pendukung jemaah-jemaah Islam inilah yang mereka tindas selama ini. Presiden Umno, Najib Razak dengan riak wajahnya yang bersahaja, telah berucap hal agama de ngan memberikan tumpuan terhadap ungkapan Wasatiyyah beberapa hari sebelum perhimpunan itu. Semua ucapan ini cuma hiasan bagi mewajahkan Umno sebagai sebuah parti bernuansakan Islami. Realitinya, ia tidak boleh mengasuh pun MCA dan mendorongnya ke arah memahami Islam, khasnya dalam mengangkat permasalahan hukum hudud.
Misalnya, dalam forum hudud pada 4 Disember lalu di Wisma MCA, Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek berkata, Malaysia sukar mencari pelabur disebabkan rekod hak asasi Malaysia merosot diakibatkan oleh hukuman hudud yang dianggap kejam. Lalu, kata beliau, para pelabur akan lari dari negara ini.
Bagi mengimbangi kelemahan Umno yang sangat ketara ini, maka di sinilah peranan Perkasa. Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali contohnya telah menyelar Soi Lek sebagai celopar. Katanya, Soi Lek kabur tentang hudud ketika mendakwa pelaksanaan hudud membawa kemusnahan ekonomi.
Maka, beliau ingin Umno sebagai ‘imam’ Barisan Nasional ‘mengajar mulut celopar’ Soi Lek itu. Cara ‘mengajar’ itu, kata Syed Hassan, ialah Umno perlu menasihati Soi Lek supaya menarik semula kenyataannya baru-baru ini dalam forum hudud itu.
Untuk pengetahuan Syed Hassan, Umno sudah lelah dan kalah dalam pusingan awalnya ketika Najib tunduk akur kepada MCA. Di sini, tiada ertinya lagi jika beliau mengemis bantuan Umno untuk menginsafkan MCA. Kesilapan Syed Hassan ialah beliau seperti tidak mengerti bahawa Umno telah kecundang.
Lalu, apa diharapkan lagi kepada Umno yang sudah KO dibelasah MCA dalam sayembara mempertahan hudud ini?
Bagaimanapun, Syed Hassan tidak meminta Soi Lek meminta maaf sebab sedar, pemimpin MCA itu tidak faham, tapi sebaliknya Soi Lek perlulah menarik semula kenyataannya dalam sehari dua ini. Jika tidak, kata Syed Hassan, Perkasa akan ‘mengajar MCA secukupnya pada pilihan raya umum ke-13.’

Kalau maksud Syed Hassan itu adalah Perkasa tidak akan undi calon MCA, maka kita tertanya-tanya juga bagaimana Perkasa mahu ajar MCA sedangkan Umno sudah bersumpah baiah dalam Perhimpunan Agung baru-baru untuk tidak mengundi calon lain, melainkan Umno BN saja. Hal inilah yang mesti beliau perjelaskan kepada setiap ahli Umno yang menganggotai Perkasa itu.
Bagi mengukur sukat kejujuran Syed Hassan dan Perkasa termasuklah Umno ini, maka umat Islam perlu selalu menguji dan menyemak kenyataan mereka berulangkali. Contohnya, kata Syed Hasan, Perkasa sokong hudud kerana ia adalah hukum Allah. Yang ditolak Perkasa hanyalah hudud PAS. Kenyataan ini persis ucapan Dr Mahathir Mohamad yang enggan melaksanakan hudud yang kerap dinisbahkan kepada hudud PAS.
Yang jelasnya hingga kini, Umno tidak berdaya membawa hudud yang didakwa sebagai hudud Allah itu. Tambah Syed Hassan, kalau hudud dilaksanakan dengan tidak tepat mengikut prinsip sebenar, akan berlaku ketidakadilan. Kata beliau, banyaklah terpesong daripada hudud sebenar yang ingin dilakukan oleh PAS ini. Jika hudud sebenar dilaksanakan, negara bertambah baik, katanya.
“Sudah pasti jenayah akan kurang, rasuah akan sifar, rogol dan buang bayi tak akan terjadi kerana ada hudud sebenar. Jika ini boleh berlaku, ia membuat negara aman damai. Cuma Perkasa percaya negara belum bersedia melaksanakan hudud sebenar,” kata beliau tanpa menjelaskan kesanggupan NGO itu sama ada mereka sudi berkempen atau tidak ke arah pelaksanaan hudud yang sebenarnya.
Syed Hassan mungkin pernah dengar sebelum ini bahawa ada kepemimpinan PAS meminta kepada umum agar diberikan peluang melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan.
Namun, Umno pula yang menolak ‘pilot project’ itu dengan berkata, bahawa kini bukan masanya yang sesuai untuk berbuat demikian. Maka, kepada Syed Hassan, kita bangunkan pertanyaan – apakah model hudud sebenar jika benar mereka boleh tampilkan?
Dan, jika mereka berkata bahawa negara atau masyarakat belum bersedia, soalan kita - adakah Syed Hassan ingin berkempen dan memberi penerangan ke serata negara dalam upaya membangunkan fikiran rakyat agar menerima hudud sebenar yang Perkasa perkatakan itu.Detikdaily

1 ulasan:

md_saf berkata...

takde punye diorg nak jawab....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....