KUALA LU
MPUR, 21 Nov - Malaysia memperoleh emas dengan menewaskan Indonesia pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Ke-26 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.Dengan kemenangan hari ini, Malaysia mengekalkan emas kali kedua berturut-turut.

Pasukan negara mengatasi Indonesia menerusi tendangan penalti selepas seri 1-1 pada masa tambahan permainan.Malaysia menyudahkan empat gol lawan tiga menerusi penalti untuk menang 4-3.
Terdahulu Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35.Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan hasil sepakan sudut pada minit kelima.
Dengan kejayaan ini Malaysia telah mengumpulkan 59 emas Sukan SEA, kurang satu untuk mencapai sasaran kutipan pingat.
1 ulasan:
sukses ya buat malaysia.. salam...
Ban Terbaik di Indonesia GT Radial
.
Catat Ulasan