Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 22 November 2011

AUKU : UIA Batal Majlis Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 22 Nov — Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, yang popular dengan pendirian progresif menyentuh transformasi politik, kecewa apabila Universiti Islam Antarabangsa (UIA) membatalkan program yang sepatutnya beliau jayakan di kampus induk pusat pengajian tinggi itu di Gombak, malam tadi.

UIA didakwa membatalkan majlis itu atas alasan isu menyentuh Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) masih panas dan tidak mahu mewujudkan masalah.

Saifuddin (gambar) juga merupakan antara ahli politik yang lantang menyuarakan pendiriannya berkaitan dengan isu UIA menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari ketika beliau disiasat universiti itu bulan lalu.

“Ya, saya kecewa. Ini kali pertama saya berhadapan dengan pengalaman ini, sepatutnya UIA tidak membatalkan majlis ini . . . ia cuma satu majlis membicarakan tentang buku saya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider malam tadi.

Mengikut jadual asal beliau sepatutnya berada di kampus UIA untuk menghadiri majlis membicarakan e-buku beliau bertajuk “Kalau Saya Mahasiswa” sempena program anjuran Persatuan Undang-Undang UIA.

“Tetapi, pada saat-saat akhir, program tersebut dibatalkan dan ditangguh sehingga ke tarikh yang lain,” kata beliau sambil menjelaskan bahawa “saya menerima maklumat pembatalan majlis saya sekitar pukul 5 petang tadi.”

“Saya difahamkan mengenai keputusan itu apabila pembantu saya ke UIA petang tadi (semalam) untuk meninjau persiapan akhir.

“Tetapi dimaklumkan bahawa majlis saya dibatalkan, dimaklumkan oleh Timbalan Rektor HEP UIA (Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood),” katanya.

Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno menambah, beliau mendapat maklumat daripada Nik Ahmad Kamal bahawa pembatalan itu adalah atas arahan rektor universiti tersebut Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin.

“Alasan pembatalan ialah kerana isu AUKU sedang hangat diperkatakan,” kata Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Ditanya sama ada beliau ada menghubungi pengurusan UIA mengenai soal itu, “tidak, malas (mahu bertanya). Kalau tidak mahu beri kebenaran, tak mengapalah.”

Di sebalik isu menyentuh Aziz, arena politik tempatan masih hangat dengan polemik berkaitan dengan AUKU dengan masyarakat berbelah bahagi dengan syor agar akta itu dimansuhkan ekoran keputusan Mahkamah Rayuan 31 Oktober lalu.

E-buku adalah buku kelima Saifuddin dan diterbitkan pada 2009.TMI

Ulasan Tinta Hijau Dari Kaki Bukit

UIA membatalkan program Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi?????? UIA tidak menghormati Timbalan Menteri mereka sendiri?

Macamana Rektor UIA boleh batal program Tim. Menteri Pengajian Tinggi di UIA? Atau ada tangan-tangan yang lebih berkuasa? Atau kerana YB Saifuddin Abdullah dah mendahulu bos-bos?

Saya tak fikir dia berani buat perkara ni kalau tak ada arahan dari Menteri atau yang lebih tinggi dari itu.Rasanya semua transformasi politik yang dicanangkan hanya pembohongan. Lebih teruk dari rethorik politik...

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....