Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 25 November 2011

Umno Dicabar Pinda Perlembagaan Jamin Melayu Sebagai Perdana Menteri

Shamsul Iskandar Mohd Akin menyampaikan ucapan dasar pada Kongres AMK. — Foto oleh Choo Choy May

PULAI, 25 Nov — Sayap muda PKR hari ini mencabar Umno meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memasukkan syarat dan jaminan jawatan Perdana Menteri hanya boleh disandang oleh seorang Melayu jika benar parti teras BN itu mendakwa hanya ia yang boleh melindungi kaum Melayu.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata alasan jawatan tersebut dipegang oleh seorang Melayu hanya semata-mata kerana Umno berkuasa tidak boleh diterima.

Tegas beliau, sejarah membuktikan Umno sanggup menggadai dan memperdagangan apa sahaja. “Memberikan jaminan Perlembagaan bahawa hanya seorang Melayu boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia adalah tindakan adil, bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau dalam ucapan dasarnya pada Kongres AMK di sini hari ini.Shamsul Iskandar berkata perkara itu tidak asing di Malaysia kerana hampir semua negeri di Malaysia mensyaratkan ketua kerajaan negeri mesti seorang Melayu.

“Hakikat demografi dan perwakilan di Parlimen juga menjadikan tidak munasabah seorang bukan Melayu dilantik ke jawatan Perdana Menteri,” kata beliau sambil berkata “asas cabaran ini bukan timbul daripada sentimen perkauman.”“Tetapi ia bertitik tolak daripada prinsip ‘justice as fairness’ yakni meletakkan sesuatu pada kedudukan sepatutnya.”Shamsul Iskandar seterusnya menekankan soalan “Melayu bagaimana yang selayaknya menjadi Perdana Menteri?”

“Pastinya bukan Melayu yang korup, zalim dan menindas. Hanya Melayu yang adil layak.“Kerana itu kita menawarkan (Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri reformasi pertama. Ini yang disepakati oleh semua dan kita ucapkan tahniah dan terima kasih kepada kepimpinan Pakatan Rakyat,” katanya lagi.Shamsul Iskandar juga berkata ketiadaan jaminan Perlembagaan Persekutuan membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab memanipulasi kerisauan orang Melayu terhadap masa depan mereka.
Akibatnya kata beliau, wujud syak wasangka terhadap rakyat daripada etnik lain.

“Manipulasi ini tidak lain tidak bukan ialah untuk mewujudkan rasa tidak selamat dan suasana tegang.“Dengan cara ini, orang Melayu diharap sentiasa bergantung kepada mereka sebagai wira orang Melayu padahal mereka adalah petualang.“Syak dan salah sangka ini yang menyebabkan orang Melayu merasakan hak dan peluang mereka mahu direbut oleh bangsa lain,” katanya lagi dan menambah, “hakikatnya kita semua adalah rakyat Malaysia.”

“Seharusnya kita mencari jalan terbaik untuk hidup dalam rukun damai dan suasana harmoni tanpa sangkaan buruk terhadap sesama rakyat Malaysia.“Keharmonian hanya boleh wujud sekiranya kita menegakkan keadilan menaungi semua rakyat. Justeru, kita perlu ada keberanian untuk melaksanakan keadilan untuk semua,” katanya lagi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....