Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 25 November 2011

Rosmah “low profile” sebelum Perhimpunan Agong Umno

Oleh Nawawi Mohamad

Wanita-wanita ternama seperti Ratu Elizabeth Margaret Thatcher, Aung San Suu Kyi dan Hillary Clinton sering mendapat tempat di dada-dada akhbar. Kisah wanita-wanita yang bereputasi tidak baik seperti Marie Antoinette, Marilyn Monroe, Lizzie Borden, Elena Ceausescu, Imelda Marcos dan Winnie Mandela juga sering dipaparkan.
Selalunya, yang tidak begitu baik itulah yang mendapat liputan media dan mempunyai impak lebih dalam media antarabangsa juga di negara-negara mereka sendiri seraya mencipta sejarah.
Malaysia mempunyai versi yang sama untuk wanita yang penuh skandal yang diciptanya sendiri kerana ingin menjadi lebih penting daripada apa yang beliau layak. Bukan itu sahaja, beliau ingin pengaruh yang lebih besar dan sering menunjuk-nunjuk.
Ada yang mengatakan bahawa wanita ini ada persamaan dengan Imelda Marcos yang mempunyai 3000 pasang kasut.

Setelah dalam pagar Putrajaya!


Ramai rakyat Malaysia yang telah menonton video beliau di Youtube yang memburukkan beliau dan menuduh beliau melakukan pelbagai perkara jahat dengan niat. Sehingga kini, beliau belum lagi menangkis tuduhan-tuduhan tersebut atau menyaman mereka yang menuduh beliau.
Kemudian, tibalah masa beliau dapat tinggal di kediaman rasmi Perdana Menteri yang beliau dambakan itu yang terletak di Putrajaya.
Itu belum cukup memuaskan beliau kerana selepas menduduki kediaman itu, beliau terus membelanjakan RM65 juta untuk mencantikkan kediaman itu seperti yang dilaporkan sebuah media online.
Kemudian, beliau memberi tumpuan kepada pejabat rasmi suaminya dengan mengadakan pejabat sendiri yang beliau panggil FLOM (First lady of Malaysia/Wanita pertama Malaysia). Tidak pastilah sama asa untuk melihat gerak geri suaminya itu atau menghalang pertemuan dengan mana-mana jurubahasa Mongolia, atau pun untuk beliau sama-sama membelanjakan akaun perbelanjaan suaminya yang tidak akan habis.
Suaminya sangat takut atau sangat menghormati beliau sehingga sanggup menghantarnya untuk mewakili negara di beberapa negara Timur Tengah termasuk Arab Saudi.
Disebabkan beliau tiada jawatan rasmi, beliau telah dituduh campur tangan dalam pentadbiran Suaminya, Perdana Menteri Malaysia. Mereka yang ada di Putrajaya turut bercakap mengenai beliau yang pernah memarahi suaminya yang besar tetapi lemah itu.


Sumbangan beliau setakat ini

Mari kita lihat sumbangan beliau setakat ini.
Wanita Pertama, Rosmah Mansor telah berjaya menghimpunkan wanita-wanita pertama daripada negara Komonwel. Untuk ini, beliau telah dituduh melakukan perbelanjaan besar untuk suatu perhimpunan yang tidak membawa apa-apa hasil kepada negara walaupun negara terpaksa berhadapan dengan kesempitan bajet.
Malangnya, Rosmah juga telah dibabitkan dengan pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu seorang jurubahasa. Beliau telah menangkis tuduhan tersebut dan polis juga telah mengenakan tuduhan fitnah ke atas penuduh beliau. Orang kata, beliau sentiasa dapat apa yang beliau mahu- katakan sahaja.
Rosmah juga pernah digambarkan membawa sebuah beg Birkin yang direka dan dikeluarkan oleh Hermes of Paris. Harga beg tersebut dikatakan benilai USD9000 hingga USD150000 mengikut jenis bahan yang digunakan untuk membuatnya.
Beliau juga pernah dilihat memakai gelang Zebra safari hitam putih 65.77 karat yang dibuat daripada berlian hitam putih dan emas putih 18-karat. Gelang ini datang daripada Jacob & Co, yang telah menghantar kepada beliau cincin bernilai USD 24 juta untuk di “inspek”.

Gaya hidup mewah
 
Kegilaan Rosmah terhadap kehidupan mewah di New York dan Bandar-bandar besar serata dunia telah di dokumenkan dengan begitu lengkap. Ini ada kaitan dengan keakraban beliau dengan seorang hartawan muda Low Taek Jho aka Jho Low, yang sering membelanjakan wang yang banyak bersama wanita-wanita terkenal samada pelakon dan selebriti. Pada 16 April 2010, New York Post telah melaporkan bahawa beliau dan suami beliau telah diberikan penghormatan dalam sebuah parti mewah kerana beliau mendapat anugerah yang ramai percaya hanya direka pihak perhubungan awam beliau sendiri.
Parti tersebut telah di emcee oleh pelakon dan pelawak Jaime Fox dan dihadiri ramai pelakon termasuk Charlize Theron dan Robert De Niro. Penyanyi yang memenangi anugerah Grammy Leona Lewis juga membuat persembahan dan juga Harlem Boys Choir.

“Low Profile” sehingga tamat persidangan Umno

Walaupun dengan pelbagai pencapaian beliau dan sikap berani mati beliau, ada juga awan hitam yang membayangi Rosmah. Beliau dikatakan sebagai antara punca kejatuhan Umno.
Dengan Perhimpunan Umno yang dijadualkan bulan depan, tidak hairanlah beliau terpaksa beralih ke bawah tanah dan jadi “low profile” sehinggalah ianya selamat untuk beliau keluar bersuka ria kembali.
Beliau mungkin mengkritik pembangkang tetapi beliau semestinya tahu bahawa musuh sebenar beliau adalah orang Umno yang beliau pelawa dengan senyuman untuk masuk ke kediaman indah beliau di Putrajaya. Mereka inilah yang akan mendapat faedah daripada kejatuhan suami beliau, presiden Umno yang semakin goyah setiap hari.
Sudah ada buku anti-Najib yang dikeluarkan oleh bekas ketua Umno bahagian yang menyeru Ahli Umno untuk menyingkirkan Najib yang dilihat sebagai Playboy lemah dan bukanlah pemimpin yang dinamik yang diperlukan Umno.
Tidak lama lagi aka nada buku beracun yang sememangnya tren orang Umno yang akan menjadi buku yang laris yang akan menjatuhkan Rosmah seraya menyedarkan beliau kepada realiti.

Malaysia Chronicle

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....