Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 19 November 2011

PRU 13 : Zaid Ibrahim Bertanding Di Kerusi Perlimen Petaling Jaya Selatan ???

PETALING JAYA – Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), Datuk Zaid Ibrahim mahu bertanding merebut kerusi Parlimen di Selangor pada PRU13.Beliau memberi fokus pada kawasan Petaling Jaya.
“Saya belum buat keputusan muktamad sama ada Petaling Jaya Selatan (PJS), atau Petaling Jaya Utara (PJU),” katanya.Zaid bagaimanapun me-ngakui, tumpuannya kini lebih pada PJS.

Kerusi PJS kini disandang Hee Loy Sian daripada PKR yang mengalahkan Datuk Donald Lim Siang Chai (BN) dengan majoriti sebanyak 5,706 undi di mana Loy Sian memperolehi 28,598 undi berbanding lawannya, hanya 22,892 undi.

Jika Zaid jadi bertanding di situ, selain PKR yang sudah pasti mengekalkan calonnya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga dikatakan turut berminat meletakkan calon mereka. BN juga tentu tidak ketinggalan yang mana sebelum dirampas pembangkang, parti itu berjaya mengungguli kawasan tersebut selama beberapa penggal.

Zaid memilih PJS selain bersandar alasan sudah biasa dengan kawasan itu, faktor pecahan kaum dan permasalahan rakyat yang belum terbela boleh menjadi dasar perjua-ngannya untuk rakyat kawasan itu, serta memberinya peluang untuk menang.

Menurutnya, tidak mustahil parti Kita akan mendapat tempat dan menjadi pilihan rakyat pada pilihan raya akan datang kerana parti itu memberi peluang kepada rakyat melakukan perubahan terutama bagi mereka yang inginkan perubahan dan demokrasi sebenar.

“Berdasarkan rekod PRU12, kemenangan PKR kerana rakyat menolak Umno dan kini rakyat tidak puas hati dengan pemerintahan mereka.“Tidak mustahil, Kita akan mendapat merebut banyak kerusi Parlimen dan Dun disebabkan itu,” katanya.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, ita kini telah mengenal pasti beberapa kerusi berpotensi untuk meletakkan calonnya seluruh negara.

“Walaupun Kita parti baru tetapi kita sudah ada calon boleh menang yang boleh meng­utarakan pandangan, memperjuangkan masalah rakyat dan berani.

“Selain itu, salah satu pendekatan Kita ialah memberi fokus kawasan di mana rakyat tidak puas hati dengan wakil rakyat di kawasannya, wakil rakyat tidak berprestasi dan lain- lain. Ini yang Kita beri tumpuan,” katanya.

Menurutnya, sudah tiba masanya rakyat memilih parti Kita kerana Kita merupakan parti politik alternatif terbaik untuk rakyat di mana Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR, Pas dan DAP sudah tidak mampu lagi menjadi parti alternatif untuk rakyat kerana antara mereka mempunyai agenda serta prinsip perjuangan yang berbeza.

“Kita akan meletakkan ramai calon untuk bertanding dalam PRU13 kerana Kita mahu menjadi parti pemerintah dan bukannya parti pengacau,” katanya.SH

ULASAN TINTA HIJAU DKB

“Kita akan meletakkan ramai calon untuk bertanding dalam PRU13 kerana Kita mahu menjadi parti pemerintah dan bukannya parti pengacau,” - Zaid Ibrahim. Betul ke ??? tanpa bergabung dengan parti lain KITA perlu bertanding sekurang kurangnya 112 kerusi Parlimen untuk memerintah.Mampukah mereka atau sekadar mimpi disiang hari.Yang sebetulnya mereka hanya mahu memecahkan undi Pakatan Rakyat...itu je...

1 ulasan:

pkrcabangtambun berkata...

Kah..kah..kah!! Zaid..zaid..udah le tu..kamu nk bertanding kt PJ??? Baik simpan je la duit kau tu,kalu kau nak rasa duit tu hilang deposit,baik sedekah kat aku.!!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....