Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 18 November 2011

Injil Solar : Dr Asri Sifatkan Kenyataan Dr Hasan Ali Hina Umat Islam



Asri berkata kenyataan Hasan “amat tidak wajar bagi seorang Exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi.” — Foto fail
Bateri injil tersebut dikatakan mampu dicas semula mengguna kuasa solar

KUALA LUMPUR, 18 Nov — Kenyataan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali bahawa umat Islam boleh murtad disebabkan sebaran agama Kristian menggunakan kitab Injil berteknologi canggih adalah satu penghinaan ke atas Muslim, tegas bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Jika benar laporan media, saya rasa kenyataan itu satu penghinaan kepada masyarakat Islam di Malaysia dan boleh menjadi satu tindakan kempen tidak langsung tentang ‘the power of reading the Bible’ seperti yang ditonjolkan oleh sesetengah pihak,” kata beliau dalam satu kenyataan dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini.
Felow Pusat Pengajian Islam Oxford ini berkata di Malaysia, al-Quran dikumandangkan menerusi pembesar suara, TV, radio, majlis-majlis kerajaan dan lain-lain, tetapi tidak pula dihebohkan bukan Muslim menganut Islam kerana terdengar bacaan al-Quran setiap hari.
Sebaliknya kata beliau, tiba-tiba dihebohkan kononnya ada yang masuk Kristian kerana mendapat alat kecil yang membaca kitab Injil — “solar-powered talking bible”.
“Alangkah hinanya umat Islam dan agamanya. Seakan-akan orang Islam yang sekian lama mendengar al-Quran, terus berubah kerana terdengar atau mendengar bacaan Injil. Tindakan ini seakan kuasa ataupun pengaruh kitab Injil mengatasi al-Quran,” kata beliau lagi.

Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan memetik jawapan bertulis Hasan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Sungai Burong Datuk Mohamad Shamsudin Lias bahawa ada sesetengah gereja di negara ini cuba memurtadkan umat Islam dengan alat-alat canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar.
Hasan berkata penganjut Kristian Evangelis menggunakan peralatan canggih seperti kitab Injil menggunakan kuasa solar untuk memurtadkan umat Islam di Selangor.
Pengerusi jawatankuasa yang mengetuai hal ehwal agama Islam ini berkata Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah mengesan mubaligh Kristian kini menyebarkan kepercayaan mereka menggunakan alat-alat canggih, selain mengadakan kumpulan-kumpulan kebajikan menyediakan wang tunai dan bantuan kewangan lain kepada golongan ibu tunggal dan miskin.
Ia merupakan pendedahan terbaru di sebalik kontroversi berkaitan Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya dan Jais awal Ogos lalu.
Dalam reaksinya, Asri berkata, “bagi saya, maaf terpaksa katakan bahawa kenyataan itu juga sesuatu yang amat tidak wajar bagi seorang Exco kerajaan yang hidup di zaman teknologi.”
“Hari ini segala bacaan sama ada al-Quran ataupun Injil boleh didapati di Internet. Pelbagai peralatan, sama ada komputer ataupun selainnya boleh melakukan ‘download’ semua bacaan ini. Tidak perlu untuk bersembunyi mendapat atau mendengarnya,” katanya lagi.
Asri menambah, beliau berpendapat bahawa kenyataan Hasan tanpa disedari boleh menjadi kempen mendengar kitab Injil yang sebelum ini tidak ramai yang mengambil kisah.
“Itu pun bukan satu kesalahan. Dunia tidak tertutup. Setiap yang mendengar dan menilai akan dapat menemui kebenaran yang hakiki.
“Peranan golongan agama di era ini, bukan menghalang tetapi berhujah dan menerangkan apa yang diyakini secara matang,” katanya lagi.
Kata Asri lagi, jika benar seperti yang didakwa, ada pihak Kristian yang menyebarkan alatan itu secara percuma dan bantuan lain lagi kepada saudara-saudara Muslim, “maka saya mencadangkan beliau kena mengerahkan Jais membuat kerja yang lebih bermanfaat dengan menyebarkan secara percuma alatan yang sama atau lebih canggih yang mengandungi ayat al-Quran dan terjemahannya.”
“Juga mengandungi ucapan-ucapan dakwah kepada Islam secara hikmah dan bijaksana. Jais boleh pastikan dulu alat itu ‘mendapat tauliah’ supaya alat itu tidak ditangkap atau dirampas,” katanya yang akhir 2009 dikenakan tuduhan oleh Jais berhubung isu menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....