Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 20 November 2011

Hina Pelajar Islam Di Facebook,Pemimpin Muda PAP Singapura Letak Jawatan


SINGAPURA – Seorang pemimpin muda Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura meletak jawatan apabila kenyataan rasis yang dibuatnya di Facebook menimbulkan kemarahan ramai.

Jason Neo pada Februari lalu memuat naik gambar beberapa pelajar tadika Melayu dalam sebuah bas dan meletakan caption yang berbunyi; “Bas penuh dengan pelatih pengganas muda?”.

Kenyataan pada Facebook itu diketengahkan kepada awam oleh seorang lagi pengguna Facebook berumur 27 tahun, Noor Firdaus minggu lalu yang kurang senang dengan kenyataan berbentuk perkauman itu.

Kenyataan Jason itu menerima 350 komen dalam 30 jam dengan ramai yang kurang senang dan marah dengan tulisan yang menerangkan kandungan gambar itu.

Shatrughan Yadav sebagai contoh berkata, komen Neo itu keterlaluan dan “dia perlu merasa kekuatan undang-undang”.

Seorang lagi, Mohd Alfie berkata; “Pihak berkuasa perlu memastikan individu ini membuat permohonan maaf kepada masyarakat umum dan secara khusus kepada semua ibu bapa kanak-kanak berkenaan atas apa yang dia telah katakan,”.

Neo telah memohon atas perbuatannya itu dan berkata ia tidak sepatutnya berlaku.

(Sumber: Yahoo! News)

1 ulasan:

Yong berkata...

Kat Malaysia negara Islam pemimpin MCA hina hudud apah tak jadi pad dia. Umporno terus bisu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....