Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 30 November 2011

Gesaan Muhyiddin ' Melucukan '

KUALA LUMPUR, 30 Nov — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan gesaan Tan Sri Muhyddin Yassin agar ahli-ahli Umno berjihad mempertahankan kedudukan parti teras Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 sebagai “ melucukan.”
Semalam, dalam ucapan merasmikan tiga sayap Umno Muhyiddin mahu ahli parti itu berjihad mempertahankan kedudukannya dalam pilihan raya umum ke-13 yang disifatkan sebagai “ibu kepada segala pilihan raya”.
Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS, Mohd Sany Hazan berkata, cabaran Timbalan Perdana Menteri kepada para Puteri, Pemuda dan Wanita Umno untuk menjadi mujahid dan mujahidah yang akan berjihad untuk mempertahankan bangsa Melayu dalam pilihan raya umum yang akan datang adalah sebuah lelucon yang amat menggelikan hati.
“Umno sebagai sebuah parti sekular yang memisahkan agama di dalam agenda perjuangan politik mereka sanggup menggunakan istilah-istilah Islamik supaya nampak agenda Islam mereka tetapi, sebaliknya bersifat munafik semata-mata.
“Sepatutnya jihad yang utama adalah menegakkan hukum syariat Allah di atas muka bumi ini dan bukannya berjihad di atas nama bangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sany menambah, Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS merasa cukup sedih dan kecewa di atas ucapan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umni sama sekali tidak menunjukkan beliau selaku orang-orang negara yang mempunyai daya fikir intelek yang tinggi dan budi bahasa yang baik.
“Semasa merasmikan serentak persidangan tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno, beliau meneruskan perseteruan terhadap Pakatan Rakyat dan PAS secara khususnya dengan alasan yang berbentuk fitnah dan dangkal,” katanya lagi.

Sany menambah Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS ingin mengingatkan Umno bahawa keangkuhan mereka sebagai parti yang tiada galang ganti untuk meneruskan agenda perjuangan bangsa Melayu sudah lapuk ditelan zaman kerana PAS sudah bersedia untuk memimpin bangsa Melayu ke arah suasana politik yang lebih kondusif, bahkan lebih lagi PAS menawarkan perjuangan bangsa Melayu menurut ajaran Islam yang syumul.
Katanya, PAS akan menggantikan Umno untuk membela nasib bangsa Melayu yang selama ini menjadi mangsa ‘belasahan’ Umno.
“Jadi, Umno sememangnya berada di dalam keadaan cukup terdesak kerana PAS dan Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat di hati rakyat untuk memerintah negara ini.
“Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia turut mengingatkan kepada seluruh jentera pemuda di semua peringkat supaya meningkatkan kewaspadaan dan kebersediaan untuk menghadapi pilihanraya yang mendatang,” kata beliau sambil menambah kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihan raya ke-13 akan datang ini akan menjadi sesuatu yang ‘luar biasa’ menunjukkan Umno dan BN akan melakukan strategi yang ‘kotor dan hina’ untuk memastikan kemenangan berada di pihak mereka.
“Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia melihat Umno kini semakin gawat dan tidak keruan, tidak mustahil sepanjang Perhimpunan Agung Umno ini akan menjadi perhimpunan yang akan dipenuhi dengan segala macam kenyataan-kenyataan yang bersifat hasutan, ancaman, tuduhan, prejudis, rasis dan sebagainya.
“Oleh itu, Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta supaya rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan menolak secara total parti Umno dan Barisan Nasional kerana pembawaan politik sempit mereka sudah tidak diterima lagi oleh rakyat,” katanya lagi.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....