Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 15 November 2011

Bekas Brigadier Jeneral TUDM Sertai PKR

KUALA LUMPUR 15 Nov: Umno-Barisan Nasional terus menerima pukulan apabila seorang bekas pesara kanan Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM), Brigadier Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab menyertai KEADILAN.
Penyertaan Abdul Hadi diumum Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Tun Abdul Razak, semalam.
Abdul Hadi yang pernah berkhidmat lebih 30 tahun dalam TUDM sebelum ini pernah menggemparkan negara apabila menyaman kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin pada 27 April 2010.
Saman tersebut berhubung pemecatan tidak sah ke atasnya berikutan kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM Sungai besi.
Selain beliau, turut memfailkan saman itu ialah Mejar Rusli Ibrahim, 48, Kolonel Mohamad Sani Sumarnak, 55, Mejar Noor Zelan Draman, 45, dan Leftenan Kolonel Mohamed Ariff Mohd Daud, 47.
Dalam saman pemula itu, mereka mendakwa Azizan atau Majlis Angkatan tentera Malaysia dalam surat bertarikh 5 November 2007 telah mengarahkan setiap seorang daripada mereka mengaku terhadap kehilangan enjin pesawat tersebut.

Kesemua mereka mendakwa ‘dipaksa untuk bersara” tanpa penjelasan atas salah laku yang dikatakan, sedangkan masih mempunyai kontrak pekerjaan yang sah.
Abdul Hadi kini merupakan penaung Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Tanjung Malim, Perak.
Terdahulu, pada majlis itu, Anwar melancarkan jentera pilihan raya dan Bilik Gerakan Utama Parlimen P99 Ampang.
Turut hadir Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali, ADUN Seri Andalas, Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy San dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Khalid Jaafar.Keadilandaily

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Takut jadi mcm kes saiful.....

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....