Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 22 Oktober 2011

Kelantan Dicadang Tawar Jawatan Profesor Pelawat Kepada Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 22 Okt ― Kelantan disyor menawarkan peluang untuk berkhidmat di pusat pengajian tinggi (IPT) di bawah kerajaan negeri itu kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari, yang kini berhadapan dengan tindakan berkuasa termasuk pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

“Selain daripada berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari tidak menggadaikan kejujuran dan keberanian akademiknya, saya cadangkan jika perlu, kerajaan negeri Kelantan boleh menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat bagi beberapa buah IPT di bawah kerajaan negeri seperti KIAS (Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra),” kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan.

Husam (gambar) yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan berkata, “saya rakamkan ucapan takziah kepada Profesor Dr Abdul Aziz Bari, yang telah dikenakan tindakan separa tidak tamadun oleh UIA, bagi pihak kerajaan Umno-BN.”

Katanya, tidak syak lagi tindakan itu, mengembalikan “kita kepada zaman Singapura dilanggar todak, di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya serta dihapuskan.”

Oleh itu katanya, beliau berharap Aziz terus gigih di atas landasan keberanian demi kebenaran.

“Dalam masa yang sama, saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjadi ikon kebebasan akademik pada era kongkongan ke atas mahasiswa dan pensyarah di negara ini begitu mencengkam.

“Kebangkitan mahasiswa untuk bersuara dalam perhimpunan di UIA tengah hari tadi, disertai dengan kenyataan beberapa badan akademik universiti-universiti, membuktikan bahawa dunia akademik tidak boleh menerima budaya sempit yang ditunjukkan oleh kerajaan di negara ini,” kata beliau dengan merujuk kepada tindakan mengecam tindakan ke atas Aziz.

Beberapa pihak mengecam tindakan UIA manakala kira-kira 700 pelajar mengadakan demonstrasi di kampus induk universiti itu di Gombak semalam.

Kata Husam, “(Timbalan Presiden PAS) saudara Mohamad Sabu didakwa oleh polis hanya kerana atas polemik sejarah, pensyarah UIA digantung hanya kerana beliau memberi lontaran pandangan.”

Bulan lalu Mohamad dihadapkan di mahkamah berhubung satu ceramahnya di Pulau Pinang berkaitan dengan peristiwa Bukit Kepong.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....