Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 15 September 2011

Saya masih menanti pendirian Umno sama ada Tanah Melayu dijajah atau tidak - Tok Guru Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 15 Sept — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau masih menanti pendirian dan jawapan rasmi Umno berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan mana-mana kuasa asing lain.

Menulis di laman Facebook pagi ini, Nik Aziz (gambar) berkata Umno sehingga ini masih belum memberikan sebarang respons perkara itu walaupun banyak pihak tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan MPN itu.

“Bismillah . . . saya membelek akhbar-akhbar tempatan dan menanti melalui media massa, pemimpin Umno sampai ke saat ini belum memberikan respons terhadap pandangan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.

“Barangkali isu ini kecil bagi mereka atau bagaimana? Atau dalam hal ini pemimpin Umno dengan bertanggungjawab sekalipun yang mengeluarkan pandangan itu adalah ahli Umno . . . bahkan bekas presiden Umno pun dilaporkan bersetuju,” kata Menteri Besar Kelantan ini.

Sebelum ini PAS mencabar Umno untuk menyatakan pendirian parti Melayu terbesar itu namun sehingga kini tiada jawapan yang diberikan.

Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku kerajaan pusat yang memerintah negara sejak 54 tahun lalu, Umno yang kini diterajui Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan pendirian parti itu.

Isu negara tidak pernah dijajah terlebih dahulu dibangkitkan jurucakap MPN Profesor Datuk Dr Zainal Kling dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja-raja Melayu dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran dengan kedaulatan tetap pada raja.

Selain itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Beliau berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”TMI

1 ulasan:

kluangman berkata...

Sejak bila pula orang tua ni minat nak dengar apa yang UMNO akan cakapkan ?!

Elok PAS fokus kepada agenda sendiri kerana selama inipun PAS kaki balah.

Fokus kepada pendapat ulama luar negara bahawa mana2 guru ugama yang kaki bangkang untuk perpaduan sesama Islam perlu ditentang.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....