Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 15 September 2011

Jamil Khir Mengaku Ubahsuai Rumah Guna Duit Sendiri

Rumah Jamil Khir Baharom di Kampung Batu Muda yang melalui kerja-kerja pengubahsuaian. — Foto ihsan www.keadilandaily.com

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersedia untuk bersumpah bagi membuktikan yang beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya di Kampung Batu Muda, Batu Caves, dekat sini.Jelas Jamil Khir, rumah itu telah dihuni bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian dibuat menggunakan wang sendiri.
“Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.
“Saya berani bersumpah kalau mereka berani,” kata beliau pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Semalam, portal Malaysia Today telah menyiarkan gambar rumah milik Jamil Khir yang mana didakwa dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Jelas Jamil Khir, tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu disifatkan sebagai “politik terdesak” untuk memburukkan imejnya.
“Jawapan mudah, saya duduk rumah di Kampung Batu Muda sejak 1994, sudah 17 tahun saya duduk dan saya tidak tahu mengapa dibangkitkan . . . ia hanya penambahbaikan rumah dan tuduhan adalah politik terdesak.
“Saya tidak mahu panjangkan perkara ini, saya dulu bukan penganggur . . . saya dulu tentera dan jawatan terakhir saya Mejar Jeneral, malah saya juga tentera yang berpencen dan ada ganjaran, RM1 juta tiadalah tapi adalah,” katanya.
Jelas beliau, rumah itu dibesarkan untuk menampung bilangan ahli keluarga yang semakin membesar.
“Rumah ini pun hutang dengan kerajaan sejak 1994, kami keluarga besar . . . mak dan ayah duduk sekali, anak enam orang jadi ramai lagi pun anak-anak saya bekerja,” katanya.TMI


Kenyataan AMK Atas Isu Berkaitan Sebelum Ini

Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.
Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun  oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.
“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu  jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu  yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.
Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.
Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.
“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.
“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.
Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.
Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.
Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.Keadilandaily

1 ulasan:

kluangman berkata...

Tak perlulah jamil jawab puak harami ni, suruh depa tengok puak depa sendiri...

bab menunjuk tanpa bukti memang puak ni juara.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....