Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 30 September 2011

Hudud : Kenyataan ' Bangang ' YDP Yadim


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya “menentang hukum hudud yang sebenar.”
“Setiap orang Islam tidak menentang hukum hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa untuk memerintah,” kata beliau (gambar) yang merujuk kepada usaha PAS sejak hampir dua dekad lalu.
Dalam menginterpretasikan hukum hudud, katanya, “kita sebenarnya harus memisahkan antara hukum hudud yang digariskan oleh al-Quran dan hadis, dengan hukum hudud yang digubal oleh yang mempunyai kepentingan politik semata-mata.”

Dalam perkembangan terbaru di sebalik isu kontroversi hudud yang muncul minggu lalu, PAS menegaskan, pihak yang menghalang pelaksanaan hukum hudud khususnya di Kelantan adalah Umno bukannya DAP.
PAS yang menerajui kerajaan negeri Kelantan telah menggerakkan usaha melaksanakan hudud pada 1993 - tiga tahun selepas mengambil alih pentadbiran negeri itu.
Dalam tulisan di Utusan Malaysia keluaran hari ini, Aziz berkata, keadilan hukum hudud yang hendak dibawa PAS juga boleh dipertikaikan jika prosedurnya tidak adil, keterangan yang diberikan bercanggah dan penyiasatan tidak lengkap.
“Undang-undang tetap dianggap tidak adil jika cara melaksanakannya tidak dijalankan seadil-adilnya. Umpamanya dalam menjatuhkan hukuman rejam. Sebelum hukuman dijatuhkan, ia perlu diadili dengan sebaik-baiknya,” kata beliau.

Katanya, “kita menyokong niat baik mereka untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah keislaman, tidak hanya menggunakan undang-undang yang dikatakan Islam sahaja.”

Aziz berkata, untuk mencapai keadilan yang diharapkan bukanlah mudah kerana ia perlu kepada pelaksanaan yang betul. “Prosedur, keterangan-keterangan serta penyiasatan semuanya mesti betul,” katanya lagi sambil menambah, “ia bukanlah sesuatu yang boleh dilihat dengan mudah.”
“Contohnya hukum hudud seperti yang pernah dikemukakan oleh kerajaan PAS Kelantan yang dikatakan tidak dapat memberi keadilan.

“Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan dikatakan tidak mencerminkan hukum syarak yang sebenar,” katanya.Oleh itu kata beliau, dilema yang ada ialah dari segi perundangannya.

Selain Kanun Jenayah Syariah II 1993, kata beliau, Kelantan juga mempunyai Kanun Jenayah Syariah 1985 yang memperuntukkan beberapa kesalahan sama dalam undang-undang yang lama dan baru.Keadaan itu menurut beliau, menimbulkan kekeliruan kerana kerajaan Kelantan membenarkan kedua-dua bentuk hukuman jenayah syariah terbabit kerana kedua-duanya kekal sebagai undang-undang.“Contohnya, adakah orang yang disabitkan dengan kesalahan dalam undang-undang pertama juga boleh dihukum berdasarkan undang-undang kedua?

“Selain itu, jika terdapat undang-undang baru, adakah undang-undang yang lama akan terbatal?” kata beliau lagi.Dari segi perundangan juga, tambah beliau, undang-undang bagi jenis-jenis kesalahan dan bentuk hududnya sudah terkandung dalam Kanun Keseksaan. “Contohnya, melakukan pembunuhan atau kesalahan dalam melakukan kecederaan. Ia menimbulkan masalah kerana hanya satu kesalahan, tetapi terdapat dua atau tiga undang-undang bagi kesalahan sama,” katanya lagi.

Menurut Aziz, keadaan itu menimbulkan kesulitan kerana mengikut undang-undang negara, mencuri merupakan satu kesalahan.Katanya, kerajaan Kelantan turut membuat undang-undang sama bagi kesalahan mencuri.“Kebiasaannya, hanya satu pemakaian undang-undang bagi sesebuah negara. Persoalannya, adakah seseorang yang didakwa berdasarkan hukum hudud boleh terlepas daripada Kanun Keseksaan? Persoalan inilah yang perlu dijelaskan,” katanya lagi.

Aziz menambah, keindahan dan keistimewaan undang-undang Islam akan dapat dinikmati apabila tertib keutamaan maslahah seperti memelihara keperluan asasi, memelihara kepentingan manusia dalam keperluan sampingan dan memelihara keselesaan dan keharmonian hidup, dijadikan ukuran untuk menggubal undang-undang yang bertepatan dengan roh syariah yang menegakkan keadilan.

“Dari segi ruang lingkupnya pula, maslahah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kepentingan awam, kepentingan orang kebanyakandan kepentingan orang perseorangan.“Keutamaan maslahah ini harus dipelihara mengikut yang sewajarnya dalam pembinaan hukum dari semasa ke semasa,” katanya.

Aziz menambah, undang-undang yang didasarkan kepada kepentingan atau maslahah yang kebelakangan, tetapi bercanggah dengan kepentingan dan maslahah yang lebih utama bukanlah undang-undang islamik kerana tidak dapat mencapai matlamat dikehendaki oleh syariat Islam.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Alasan demi alasan di berikan untuk menidakkan perlaksanaan Hudud. Masalahnya bukan pada Hudud tetapi undang-undang sivil negara. Ia perlu di hapuskan, Sebagai contoh Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 (Civil Law Act 1956) yang di amalkan menjadi kekangan. Malaysia sebenarnya masih terikat dan menggunapakai dua undang2 di atas. Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Civil ni perlu dihapus dan di tukar trlebih dahulu.

Dan untuk menukar atau menghapus atau membuat sebarang perubahan terhadap undang-undang memerlukan keputusan majoriti dari parlimen. Undang-undang yg sedia ada perlu di hapuskan atau di tukar.Persoalan yang perlu di bangkitkan adalah kesediaan pemerintah untuk menghapuskan atau menukarkan undang2 British sedia ada ini..??

YDP Yadim atas kapisiti sbg pertubuhan DAKWAH Islam sepatutnya mempersoalkan Najib yang awal-awal lagi menolak Hudud di laksanakan.Seolah-olah meletakkan Hudud itu pada percaturan akal manusia semata-mata padahal ianya ciptaan Tuhan yang sudah pasti maha tahu perihal makhluk-Nya.

Bagaimanakah bentuk undang2 hudud yang sebenarnya yang beliau mahukan? Kalau hudud yang nak dilaksanakan di Kelantan ciptaan PAS, tolong terangkan hudud macamana yang si YDP Yadim ini maksudkan.Kenapa tak laksana, Umno dah pegang kuasa lebih 50 tahun.

Mungkin Aziz Jamaludin Mohd Tahir boleh tolong gubalkan undang-undang Hudud yang lebih bagus dari PAS. Setahu aku Allahyarham Prof. Dr. Ahmad Ibrahim dari UM pernah meneliti undang-undang Hudud dan memperakui bahawa ianya betul.

Beliau juga boleh mengulas lebih detail lagi dan beri cadangan yang bagus. .kalau tak mampu nak laksana, jangan halang golongan yang nak buat.

Kalau betul-betul berjiwa Islam, sepatutnya sokong dan kalau ada mana2 kekurangan dalam perlaksanaan apa salahnya tegur....ni tidak, belum laksana lagi dah dikondem macam-macam.

Siapa sebenarnya Aziz Jamaludin Mhd Tahir ni? Kalau tak silap aku beliau adalah calon BN yang kalah dengan Almarhumah Dr. Lo'Lo' di Titiwangsa.Oooo patut pun...

7 ulasan:

feis berkata...

cakap jer pandai buatnya tidak..lebih hudud dari hudud...agaknya hudud sebenar ydp yadim ni kalau rosmah baca Quran tak tutup rambut tak apa..tuduh orang..orang yang tuduh tu yang sumpah bukan yang kena tuduh...

Tanpa Nama berkata...

YDP Yadim ni memang bangang.Dia bukan tau sangat hal-ehwal Agama Islam.Dia dilantik jadi YDP Yadim satelah kalah ditangan Almarhumah YB Dr.Lo Lo diParlimen Titiwangsa pada PRU yang lalu.Untuk "membalas jasa" sangup jadi calon kena sembelih,dia dilantik jadi YDP Yadim.Itu aje,memang bangang pun.

Tanpa Nama berkata...

demi jawatan pa saja sanggup dilakukan oleh manusia. nama saja yayasan dakwah Islamiah tapi apa dia buat pun tak tahu.

tungkaran hati.blogspot berkata...

Selepas ini PAS akan menjelajah seluruh Malaysia membawa Tazkirah dan ceramah tentang Hudud yang dikatakanya dihalang oleh UMNO.....
Kalau PAS beria sangat nak laksanakan HUDUD, lakukanlah sebagai permulaan mungkin di Kelantan & Kedah. Kenapa sehingga sekarang tidak laksanakan.
Janganlah nantinya PAS hanya `pandai cakap tapi tak reti buat'

Laksanakanlah Hudud sebelum PRU 13, Insyallah PAS akan mendapat kejayaan yang besar!

Tanpa Nama berkata...

kalau penyokong umno tu mesti mengeluarkan kenyataan bangang walaupun ada PHD,malu kat anak cucu aje

Tanpa Nama berkata...

KLAU KARPAL SINGH AKU TK HERAN SBAB DIA BKN iSLAM,TP YG ISLAM MNNTANG HUDUD YG AKU TK PAHAM.BLOGGERS YG ADA DLM RUANGAN NI PUN SATU BODOH,YG ADA KUASA MNGUBAH DIA TK SRUH.YG TK ADA KUASA DI GESA NY UTK BUAT.SAMA JE PEMIKIRAN DGN MMTERI BODOH DR BN.SRUH KRAJAAN NGERI PAKATAN TRUN KN HRGA MINYAK.KLAU NK TUNJUK BODOH PUN BR PDA2 LE,JGN SMPAI TAHAP GABAN.

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat YDP Yadim ini agen komunis. Tak tau langsung pasal hal ehwal agama. YDP yang dilantik setelah bersetuju untuk menjadi talibarut dan balaci UMNO. Lidahnya patut dipotong kerana menfitnah hukum allah.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....