Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 6 September 2011

Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Rumah Terbuka Aidilfitri MB Kedah

















ALOR SETAR, 5 September 2011 – Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berlangsung dengan penuh meriah. Lebih 50 ribu pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat hadir meraikan rumah terbuka tersebut.
Walau pun majlis dimulakan pada jam 12 tengahari namun pengunjung telah mula membanjiri perkarangan Seri Mentaloon seawal 10 pagi.
Sementara itu, di sebelah petang, majlis dibanjiri dengan pelajar-pelajar sekolah di mana mereka juga tidak mahu ketinggalan bersama-sama meraikannya.
Cuaca yang baik dan agak redup membuatkan para pengunjung yang tidak putus-putus hadir dari pagi hingga ke petang. Sementara itu petugas-petugas tidak kering tangan melayani mereka dan ada di antara makanan yang habis awal kerana mendapat permintaan yang tinggi dari pengunjung.
Antara menu yang disajikan termasuklah, nasi dagang, satay, keropok lekor, murtabak, mee goreng, lontong, soto, pasembur, ais kerim, kekacang, kuih raya,ketupat, lemang dan lain-lain lagi. Sementara itu. minuman sejuk dan teh tarik disajikan untuk pengunjung menghilangkan dahaga.
Antara yang menarik, para pengunjung berpeluang menikmati sirap rambutan keluaran Kedah Agro yang merupakan produk keluaran kerajaan negeri.
YAB Dato Seri Ustaz Azizan Abdul Razak yang muncul di majlis tersebut kira-kira pukul 12.00 tengahari disambut meriah oleh semua yang hadir. Rata-rata rakyat merindui beliau dan ingin melihat sendiri keadaan beliau setelah sembuh dari sakit baru-baru ini. Ribuan kanak-kanak beratur panjang untuk menerima duit raya daripada beliau.
Paling istimewa ialah keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Sultan Kedah dan KDYMM Tuanku Sultanah Kedah yang turut menjadi tetamu kepada YAB Menteri Besar.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mana pi dah kopiah lebai (kopiah putih) semua dah pakai kopiah hitam.

Jamuan kali ni pun masih guna peruntukan kerajaan negeri yang ditinggalka oleh parti yang memerintah dahulu.

Boleh jalan le....

Tunggu PRU 13 kami atas pagar akan ajar parti PAS........

Tanpa Nama berkata...

da la tanpa nama, komen hang tu orang dah tau hang belah mana. atas pagaq, belah la.

ayat hang tu ayat umngok yang kecewa sebab projek tak dapat kat hang. baru padan muka hang.

fadzliabuhanifah berkata...

tak dak akai punya komen,tak ilmiah lansung, duit buat jamuan tu bukan harta menghedak UMNO. nampak sangat kepala hotak dah sengai...

MC_Shaharul berkata...

komen bangang..kahkah...komen org kecewa meroyan..hahaha..gelak guling2 aku baca komen anon kt atas tue..haha..budus!

kokdiang berkata...

jenis manusia atas pagar adalah manusia yg tiada pendirian..macam lalang..jenis manusia yg sama dengan...???? binatang pun ada pendirian...

Tanpa Nama berkata...

DUIT MB KEDAH MUNGKIN GUNA PERUNTUKAN DARI DUIT KERAJAAN NEGERI..SO..XDE ISU DUIT UMNO??ITU DUIT RAKYAT BAYAR CUKAI PE SOMA..P MATI LAH UMNO

Tanpa Nama berkata...

bodoh betol atas pagaq nie serupa anjing nyalak....peduli aper peruntukan dari mana pun bukan gheta mak bapak hang...

Ringgo berkata...

pemerintah dulu tingggai utang berjuta ja tak tinggai duit pon .. tak ingat ka ..

bukan takat ataih pagaq ja .. nuu bangla , mianma , indon pon dok tunggu nak pangkah ..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....