Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 2 September 2011

Bukit Kepong : Pakatan pertahan Mat Sabu,Umno-BN palsukan sejarah


KUALA LUMPUR, 2 Sept - Pakatan Rakyat mempertahankan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) dalam isu kontroversi berkaitan kenyataan mengenai tragedi Bukit Kepong, sebaliknya mendakwa Umno-BN secara sistematik 'memalsukan' sejarah Malaysia.
"Kami juga mempersoalkan naratif sejarah yang ditulis oleh 'pihak yang menang', yang dalam kes ini ditulis oleh Kerajaan Umno-BN dan perkakas propaganda mereka.
"Dalam hal ini, kami ingin memberikan kritikan tegas terhadap usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk 'memalsukan' sejarah Malaysia, agar hanya sumbangan Umno dan sekutu mereka yang diiktiraf sementara sumbangan jelas dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan yang lain dipadamkan," kata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Kenyataan dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Komunikasi
Nik Nazmi Nik Ahmad dan setiausaha antarabangsa DAP Liew Chin Tong.
Dengan memetik kenyataan Winston Churchill pernah berkata bahawa "sejarah ditulis oleh pihak yang menang", kata mereka, di Malaysia, bukan sahaja sejarah malah berita semasa juga ditulis mengikut skrip mereka yang berkuasa.
"Beberapa hari kebelakangan ini, media milik BN telah menyerang Mat Sabu secara berterusan sebagai seorang simpatisan komunis.
"Mereka telah memfitnahnya sebagai mengagung-agungkan pengganas komunis yang menyerang polis di dalam tragedi Bukit Kepong," kata mereka dalam kenyataan itu.
Pemimpin Pakatan Rakyat ini berkata kedua-dua dakwaan itu tidak benar sama sekali.
"Kami percaya Saudara Mat Sabu tidak berkata demikian dan secara tegas mengutuk putar belit yang tidak bertanggungjawab oleh pimpinan dan media Umno.
"Pertama sekali, Mat Sabu tidak sekali-kali menyebut tentang komunis ataupun PKM. Kedua, usahanya untuk menarik perhatian terhadap sejarah sebenar yang luas telah diputarbelitkan," katanya lagi.
Justeru kata mereka, pihaknya mahu menegaskan bahawa mereka tidak mempersoalkan sebab Mohamad cuba menimbulkan persoalan terhadap naratif sejarah negara.
"Tetapi kami secara serius mempersoalkan laporan cuai dan berniat jahat Utusan Malaysia, yang sekali lagi menggunakan hujah palsu dan tipu helah dengan niat yang jahat," kata kenyataan mereka.
Kata mereka, apa sudah jadi kepada tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?
"Bagaimana dengan pertubuhan dan gerakan seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)? Mereka merupakan peneraju sebenar aktivisme politik Melayu.
"Kita juga mempunyai Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA).
"Usaha PUTERA-AMCJA ini bukan sahaja bersejarah dari segi usaha mereka, malah merekalah pakatan politik pelbagai kaum pertama negara," tambah kenyataan.
Ketiga-tiga pemimpin ini berkata, harus diingat perjuangan kemerdekaan bukanlah usaha Perikatan semata-mata. Perjuangan murni ini berlangsung di pelbagai medan dan lapangan, dipimpin pelbagai tokoh dan menerusi pelbagai cara, kata beliau.
"Bukankah pengorbanan tokoh-tokoh menentang penjajah seperti Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Tok Ku Paloh dan ramai lagi juga mesti disertakan?
"Tetapi pemimpin Utmno idak mampu menerima kepelbagaian ini. Sejarah yang ditulis Umno ialah hanyalah satu versi yang tiada ruang untuk berbeza pandangan," kata kenyataan mereka.

Malah tambah mereka, "hakikatnya, jika kita membaca sejarah Malaysia menerusi tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin, Boestamam, Pak Sako dan lain-lain lagi, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, antikolonialisme dan kemudian ketakutan institusi dan penindasan yang menyaksikan mereka dan ramai lagi ditangkap dan ditahan di bawah ISA oleh kerajaan Perikatan/BN setelah difitnah, antara lain, menjadi talibarut komunis."
Tegas mereka, buku-buku sejarah negara bukan sahaja kehilangan satu atau dua bab, tetapi satu sejarah yang selari tetapi telah berjaya dipadamkan daripada rekod rasmi negara.
"Jelas sekali lagi bahawa Umno mempunyai kepentingan untuk mengekalkan versi sejarah mereka memandangkan ini menjadi asas kepada pemimpin serta kekuasaan mereka, malah menutup tipuhelah mereka untuk menindas pihak lawan dan penentangan sah setelah lima dekad berkuasa.
"Sekali lagi kami menegaskan bahawa Mat Sabu tidak salah dalam usaha mempersoalkan persepsi yang wujud tentang sejarah negara," kata mereka sambil menambah, yang menjadi kesalahan ialah hakikat bahawa rakyat Malaysia telah dimanipulasi sekian lama oleh perkakas propaganda Kerajaan Umno-BN.TMI

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ye la korang sokong parti komunis yg nyata dan terang free thinker dulunya menjadi pecahan kepada rusia , aku rasa kalau mat sabu ckp komunis tu keturunan arab pun korang percaya, dah terlalu taksub dgn pemikiran jumuk , korang sudah menghina pejuang2 melayu yg mempertahankan Bukit Kepong dan mengangkat komunis sebagai pejuang sebenar dah terlalu teruk menjadi hamba DAP hinggakan sanggup menghina bangsa sendiri MasyaAllah...

Tanpa Nama berkata...

NAK ELAK DARI KES MURTAD BUAT2 LA CERITA SONSANG CAMNI, DAH MEMANG MURTAD PUN DORANG SOKONG KALAU BAB2 KOMUNIS NI MEMANG SEBATI DGN JIWA MEREKA SETELAH MENJADI SAUDARA DAP DUNIA AKHIRAT

Tanpa Nama berkata...

erm seseblum kemerdekaan pemerintah adalah british.. selepas kemerdekaan pemerintah adalah malaya..Tak jelas lagi k...menentang british dipanggil pemberontak..yang menyokong jepun dpanggil pengkhianat..talibarut..Ni yang menyokong penjajah british nak panggil apa..tak sama ke yang diatas..
Jika anda masih duduk di dalam tempurung yang memenatkan,anda tidak akan sampai ke mana hatta anda seorang yang mengaku pejuang agama,kerana pejuang agamalah yang menjadi sasaran no. 1 golongan Yahudi dan Nasrani.Jika kita masih duduk di dalam konsep sempit Ketuanan Melayu,juga tidak akan ke mana kerana sebenarnya orang-orang bertakwalah yang menjadi 'tuan' di muka bumi Malaysia ini,kerana doa-doa merekalah yang menangguhkan bala bencana dari menimpa bumi Malaysia,bukan para korporat,ahli politik apatah lagi tauke-tauke arak dan disko..Secara jujur,parti Umno adalah hasil dari kerjasama British dan Elit Melayu.Umno tidak boleh bernafas dengan baik jika tidak menepati kriteria yang disenangi oleh British.Sebagaimana biasa,setiap negara majoriti orang Islam di bawah jajahan British mestilah dipastikan tidak mempunyai agenda perpaduan Islam ataupun menjalankan hukum-hukum Islam.Semua organisasi berhaluan kiri mahupun berfahaman Islam sama ada dicantas ataupun disekat oleh British.Hanya Umno sahaja yang 'diredhai' oleh penjajah itu.Mengapa?

Lord Cromer,seorang pegawai British di Mesir ketika era imperialisme telah berkata,

"Penjajah-penjajah tidak akan memerdekakan mana-mana negara Islam selama mana negara itu tidak ada penggantinya sebagaimana penjajah memerintah. Kalau ada pengganti penjajah yang sama kepalanya, kepala penjajah, merdekakanlah negara itu."

Sebab itu apabila Malaysia direstui kemerdekaannya,perkara pertama yang mesti diterima oleh Tunku Abdul Rahman ialah menubuhkan suruhanjaya menggubal undang-undang,dengan undang-undang penjajah mesti di atas.Lord William Reid,seorang Freemason dipilih untuk menerajui suruhanjaya ini.Common Law mesti berada di atas undang-undang Tuhan yang menciptakan Lord Reid,Cobbold,Ratu Elizabeth mahupun Tunku Abdul Rahman.Malah undang-undang Tuhan mesti dipastikan tidak berjalan atau terhapus terus berbanding undang-undang Common Law British.

Tetapi bukankah Umno adalah parti orang-orang Melayu yang beragama Islam?Tidakkah nanti apabila British pergi,Tunku Abdul Rahman boleh menghapuskan undang-undang Common Law dan menggantikannya dengan Syariah?Tidakkah British terfikir tentang ini?

Hmm...ini semua sudah ada dalam perancangan British lama sebelum Perang Dunia Pertama lagi.Organisasinya,ideologinya hatta para elitnya telah dipilih oleh British untuk menggantikannya di Malaysia ini.Apabila melepasi tahap kepercayaan British yang ketat,barulah Umno dilepaskan untuk memerintah Malaysia.

Kesalahan besar Umno ialah masih mengekalkan undang-undang penjajah walaupun sudah lebih 54 tahun merdeka..pelik sudah merdeka tapi masih meletakkan undang undang lord reid common law sebagai sistem perundangan utama di atas perundangan Allah..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....