Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 7 Ogos 2011

[ Video ] Isu Gereja : Tiada Tindakan Terhadap Dr Hasan Ali - PAS



KUALA LUMPUR: PAS tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berhubung kenyataannya yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja di Petaling Jaya pada Rabu lalu.

Sebaliknya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti berkenaan mengambil pendirian menyerahkan kepada kerajaan Selangor bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"PAS tak buat apa-apa keputusan terhadap Datuk Dr Hasan, beliau akan teruskan tugasnya sebagai exco," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (CWC) di sini, Ahad.

Pada mesyuarat hampir lima jam yang turut di hadiri Dr Hasan, CWC turut diberi penjelasan berhubung insiden serbuan di majlis makan malam muhibah di Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC).

Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, PAS memutuskan untuk bersemuka dengan JAIS dan pihak gereja sendiri bagi mendapatkan maklumat terperinci.

"Kita akan turun ke medan, kita nak dapatkan sendiri penjelasan daripada kedua-dua pihak.

"Kita tak boleh dengar penjelasan daripada Dr Hasan sahaja...kena berlaku adil," katanya.

Ditanya sama ada PAS meragui penjelasan Dr Hasan yang dilihat bertentangan dengan pendirian kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR), Abdul Hadi berkata isu berkenaan tidak seharusnya dibangkitkan.

"Bukan soal tak percaya penjelasan atau tidak, tapi tak cukup. Laporan media lagi tak boleh percaya. Jadi kita mahu dapatkan maklumat tepat dan terpeinci.

"Dr Hasan sendiri beritahu bahawa beliau pun dapat maklumat daripada JAIS selepas serbuan dibuat," katanya.

Sementara itu ditanya sama ada haram sekiranya orang Islam menerima bantuan daripada penganut agama lain, Abdul Hadi berkata: "Tanya mufti, saya tak ada tauliah untuk jawab hukum."Mstar

3 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...

semoga PAS dapat menilai siapa sebenarnya DAP yang anti-Islam/Melayu!
lihatlah perlakuan DAP di PPinang dan Selangor. dimana kedudukan dan suara PAS?
jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara buktikanlah PAS lebih baik dalam pentadbiran dinegeri Kelantan, PPinang, Selangor dan Kedah kerana orang kebanyakan sekarang ini sedang melihat perjuangan PAS yang semakin tersasar…!

otaistillkick berkata...

Dalam soal ni jangan lekas menuding jari ke DAP. Apa komen Dato Zaman Khan. Mungkin dia ada sama kerana memneri kenyataan.Memang banyak gereja memberi sumbangan pada mangsa keadaan ini. Sekarang Pusat Zakat dan Pejabat Kebajikan Maysrakat mesti buka mata. Kenapa perkara ini berlaku pada umat islam.

Tanpa Nama berkata...

apa yang penting cari jln penyelesaian/jgn sampai nanti penyebaran agama kristian lebeh mudah di bawah kerajaan pakatan rakyat daripada di bawah kerajaan b.n semata-mata kerana hendak menjaga undi

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....