Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 26 Ogos 2011

Dakwat Kekal : PAS Alukan Kenyataan SPR


KUALA LUMPUR, 26 Ogos: PAS menyambut baik jika Pengerusi SPR membayangkan mahu menggunakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang bagi mengelak pengundian berganda.

Bagaimanapun kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, jika benar ia diguna menggantikan biometrik, ianya hanya satu daripada lapan tuntutan reformasi pilihan raya yang dituntut PAS dan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) selama ini.

Selain penggunaan dakwat kekal, tujuh lagi tuntutan lain adalah pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, mengukuhkan institusi awam serta menghentikan rasuah dan politik kotor.

"PAS menerima jika SPR bercadang mahu melaksanakan dakwat kekal sebagaimana dinyatakan SPR.

"Bagaimanapun itu hanya satu daripada tuntukan kita dan juga Bersih yang berjumlah lapan kesemuanya," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof semalam bahawa penggunaan dakwat kekal untuk mengelak pengundian berganda, adalah kurang bermasalah daripada menggunakan sistem biometrik.

Tambahnya lagi, walaupun biometrik adalah "sistem yang sempurna" di segi teorinya, tetapi wujud kelemahan bila diamalkan.

Ianya termasuklah tidak mampu mengesan undi dua kali bagi mereka yang mempunyai dua kad pengenalan dan menyulitkan proses semasa pembuangan undi.

Selain itu, SPR juga turut mengakui bahawa sistem biometrik sangat mahal dan memerlukan masa yang lebih lama untuk dipersiapkan berbanding dakwat kekal yang lebih murah dan cepat.

Sehubungan itu, beliau yang kini berada di tanah suci Mekah berkata, SPR perlu melihat kesemua tuntutan itu bagi menjamin pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil.

Kesemua tuntutan yang dikemukakan katanya, bersifat mendesak dan perlukan pembaharuan segera khususnya dalam aspek pendaftaran pemilih yang kini berdepan pelbagai keraguan yang didedahkan.Hrkh

1 ulasan:

Khairi berkata...

Kalau saya tak silap, Pengerusi SPR kata cadang nak guna dakwat kekal beserta biometric. Dulu mereka yg menipu tak nak guna dakwat kekal sebab ramai hantu yang pinjam jari-jari yg sama, jadi kalau hantu-hantu ini nak masuk mengundi kali kedua atau ketiga pasti kena tangkap sebab dakwat kekal ada di jari mereka hasil dr proses undi yg pertama mereka buat. Kini mereka dah ada jutaan PATI yg boleh bantu memenangkan mereka. Sebab itu mereka fikir dakwat kekal tidak akan member kesan negative dan UMNO merasakan mereka masih boleh menang dengan bantuan warga asing tersebut. Sebab itu, kita nyatakan, perjuangan rakyat kearah undi yg saksama tidak berhenti dgn dakwat kekal semata-mata, tuntutan Bersih yg lain mesti dilaksanakan secepat mungkin. Begitu juga dgn “Independent Audit” keatas dokumentasi & pengakalan data SPR mesti juga dibuat dgn segera. Tanpa baik pulih sepenuhnya, kita nampak apa jua yg keluar drp mulut pegawai SPR hanyalah usaha mereka utk melambatkan arus perubahan ini. Maaf, saya tidak percaya pd SPR buat masa ini!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....