Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 15 Ogos 2011

Daftar pemilih: Respons Pengerusi SPR macam Pak Pandir


KUALA LUMPUR, 15 Ogos — PAS kesal dengan sikap “lepas tangan” Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof apabila mengatakan bahawa “tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini” sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh parti itu dan rakannya dari Pakatan Rakyat.

“Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan ‘bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak’,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

Kata beliau, “kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada.”

Dalam satu kenyataan Khamis lalu, ziz berkata masalah semasa adalah “kesilapan teknikal” yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.

“Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang,” jelasnya.

Tuan Ibrahim berkata, pengakuan SPR minggu lalu jelas kepada rakyat sebab himpunan Bersih 2.0 diadakan dan “kini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut.”

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, walaupun SPR dan pihak berkuasa yang di bawah telunjuk Umno Barisan Nasional terus menggambarkan perhimpunan Bersih 2.0 dengan nada yang sangat negatif, segi positif perkara ini turut menyebabkan rakyat juga telah mula membuka mata dan dapat melihat betapa kotornya sistem pilihan raya negara ini.

“Bayangkanlah, undi warga asing sudah boleh menentukan keputusan politik dan masa depan negara – siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?” tambah Tuan Ibrahim.

Justeru kata beliau, SPR perlu melakukan segera satu reformasi bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti-parti politik terhadap sistem pilihan raya yang bersih dan adil.

“Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihan raya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihan raya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihan raya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.

“Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihan raya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya,” kata beliau.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....