Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 2 Julai 2011

Kerajaan isytihar Bersih NGO haram

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Putrajaya hari ini mengisytiharkan Bersih sebagai sebuah pertubuhan haram - seminggu sebelum ia merancang untuk menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.
Ia perkembangan terbaru dalam siri tindakan keras diambil oleh Putrajaya sejak lebih seminggu lalu.
“Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa pertubuhan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuat kuasa 1 Julai (semalam),” kata Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman hari ini.
Awal minggu ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan kemeja-T Bersih 2.0 yang dijual dan dipakai adalah bahan haram dan menjalani undang-undang negara.
Lebih 100 orang aktivis dan pemimpin politik Pakatan telah ditahan. Semalam polis menegaskan pihaknya telah menutup segala bentuk perbincangan dengan sekretariat Bersih 2.0.
Dalam kenyataan hari ini, Abdul Rahman juga berkata Kementerian Dalam Negeri telah menyiasat pertubuhan Bersih 2.0 dan mendapati bahawa ia bukan satu pertubuhan berdaftar.
Bagaimanapun kata beliau, Bersih 2.0 memenuhi takrifan pertubuhan yang berdaftar di bawah Jadual 1, Akta Pertubuhan 1966.
Menurut Abdul Rahman, Bersih 2.0 telah bergerak aktif dan mencetuskan suasana gelisah dan kebimbangan masyarakat pelbagai kaum negara ini, menyebarkan propaganda menghasut rakyat bagi tujuan menjatuhkan kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu dan melalui aktiviti-aktivitinya telah memberi kesan buruk kepada imej negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan negara malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum.
Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai menyenaraikan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya, mendapatkan sokongan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun BN dan pertubuhan-pertubuhan yang pro perikatan itu membantah.
Perkasa dan Pergerakan Pemuda Umno mahu mengadakan perhimpunan balas membantah Himpunan Bersih 2.0 pada hari yang sama di ibu negara.TMI


ULASAN TINTA HIJAU DKB

Satu lagi tindakan terdesak Umno/BN dalam menghalang kehadiran orang ramai pada himpunan aman Bersih 2.0 9 julai ini.
Walau apa cara sekalipun di gunakan menghalang himpunan ini,rakyat yang cintakan pilihanraya yang adil dan telus tentunya akan tetap hadir memberi sokongan.
Bahkan tekanan demi tekanan yang diberi oleh pemerintah,menyemarakkan lagi semangat orang ramai dan secara tidak langsung memberi promosi percuma kepada Bersih 2.0.
Kajian yang ambo jalankan menunjukkan Bersih 2.0 lebih popular di Facebook berbanding Patriot yang ditubuhkan pemuda umno bagi menyaingi Bersih 2.0 faktanya DISINI.
Ini menunjukkan majoriti rakyat menyokong penuh langkah Bersih 2.0 mengadakan himpunan aman bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.Langkah ini diambil setelah berbagai laporan tentang penyelewengan pilihanraya tidak diendahkan SPR dan pihak pemerintah.
Bahkan SPR dilihat begitu berat sebelah dan menggunakan berbagai cara bagi memastikan Umno/BN terus berkuasa di negara ini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada kita peduli? Jika BERSIH 2.0, NGO haram... 'Patriot'@'Pak turuT' tu pulak apa kejadahnya?

Tanpa Nama berkata...

Siapa peduli?Pengistiharan haramjadah!

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....