Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 16 Julai 2011

Keluarga Baharudin Tuntut Ketua Polis Negara Mohon Maaf


KUALA LUMPUR, 17 Julai: Keluarga peserta himpunan Bersih 2.0 yang meninggal dunia, Allahyarham Baharudin Ahmad, menuntut Ketua Polis Negara memohon maaf dengan segera kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia kerana menyalahgunakan kuasa dan kekerasan terhadap rakyat.

Tuntutan ini terkandung bersama 4 lagi tuntutan lain dalam memorandum yang diserahkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Mereka yang hadir bersama peguam Pakatan Rakyat mahu kesemua pegawai polis termasuk pegawai tinggi yang memerintah operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes ini dan penyiasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindungi mana-mana pihak dijalankan dengan segera.

Selain itu, turut dituntut agar laporan penuh penyiasatan ini dicetak dan disiarkan kepada orang awam serta tindakan pendakwaan dibawa ke atas semua pegawai polis tanpa mengira ketinggian pangkat yang bertanggungjawab di atas kematian arwah.

Peguam N. Surendran berkata, pihak polis secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak bersalah dalam insiden tersebut sebelum siasatan menyeluruh dibuat.

"Kami berada di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan sikap dan tindakan polis. Tanpa siasatan menyeluruh, percubaan melindungi kesalahan mereka telah bermula," katanya yang juga naib presiden PKR.

Menurutnya juga, polis tidak boleh berdolak dalik dalam perkara ini kerana pihak peguam sedang mengumpulkan bukti bergambar yang menunjukkan polis menggunakan gas pemedih mata secara berlebihan.

"Ini merupakan satu jenayah. Tulang rusuk arwah patah,gigi patah, luka di bibir,apa penjelasan polis?

"Kita ada 'footage' kekasaran polis dan saksi sendiri nyatakan sewaktu allahyarham bergelut dalam kesakitan,tiada polis datang membantu," katanya.

Memorandum tersebut diterima oleh ASP Shafiei Mohamad dan kemudiaanya dipanjangkan kepada pegawai atasan, Ramly Mohamed Yusuf atas permintaan mereka.

Sementara itu, abang Allahyarham, Kasim Ahmad berkata, beliau akan terus menuntut pihak polis bertanggungjawab di atas kekejaman mereka.

Beliau yang merupakan pesara tentera juga berkata, rakyat termasuk allahyarham cuma pencinta demokrasi dan polis tidak wajar bertindak kasar ke atas mereka.

"Rakyat cuma keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil tapi polis khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein jadikan Kuala Lumpur seperti Gaza, penuh huru-hara, jalan semua ditutup, menyusahkan orang ramai," katanya.

Turut bersama dalam penyerahan tersebut ialah seorang lagi naib presiden PKR, peguam R. Sivarasa dan ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam bersama kira-kira 20 aktivis Bersih 2.0.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, A. Rajaratanam melahirkan rasa kesal dengan sikap polis yang enggan menghulurkan bantuan meskipun menyaksikan allhayarhan sedang tenat.

"Masa arwah sedang tenat, saya minta polis panggil ambulans tapi mereka enggan.Polis beruniform tidak layan pun permintaan saya.Jadi minta polis jelaskan perkara ini," katanya.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....