Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 19 Julai 2011

Lagi Bukti Penipuan SPR Dalam Pilihanraya Didedah



Blogger Mutaligat dalam blognya mutaligat.blogspot.com hari ini mendedahkan penipuan dan penyelewengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam tulisannya Mutaligat menyatakan seorang pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama 6830901 yang sama mempunyai 2 nama yang hampir serupa, cuma ejaan yang berlainan.

Yang pertama, Daud Bin Mohd mengundi di Dun Asahan, Parlimen Alor Gajah dan kedua Daud Bin Mohamad mengundi di Dun Bemban, Parlimen Jasin.

"Bagaimana orang yang berlainan mempunyai no kad pengenalan yang sama?" soal beliau.

Pendedahan ini dibuat oleh beliau hasil dari maklumat yang diperolehi dari laman sesawang SPR sendiri.

Mungkinkah beliau ini orang yang sama dan boleh mengundi dua kali. Dun Bemban dan Dun Asahan terletak tidak jauh antara satu sama lain dan memang tidak menjadi masalah untuk orang yang sama mengundi pada hari yang sama.

Pendedahan kedua melibatan seorang pengundi bernama Asia Binti Osman bernombor Kad Pengenalan lama 5962350 yang mempunyai 2 tempat mengundi yang berlainan satu di Dun Taboh Naning dan satu lagi di Dun Ayer Limau kedua-duanya dalam Parlimen Masjid Tanah.

Namanya hanya dibeza dengan perkataan 'Binti' dan satu lagi 'Bt'."Inilah penipuan SPR yang tidak boleh disangkal lagi?" soalnya.

Blogger Mutaligat menggesa SPR menjawab segala isu ini yang jelas amat meragukan orang ramai.Hrkh

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak adaaa...mana buktinya pengundi hantu.. yang hantu pengerusi SPR..hi! hi!

kembara putih berkata...

Yang meluluskan nama2 tersebut adalah SPR dan berada jelas dalam daftar pemilih yang dipunyai SPR. SPR bertanggungjawab 100% menipu dan PR wajar saman SPR. Kalau boleh bawa ke tribunal Antarabangsa.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....