Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 16 Jun 2011

Video : Ahli Parlimen Pakatan Bertegas Pergantungan Mereka Tidak Sah



KUALA LUMPUR, 16 Jun: Empat ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang kembali ke persidangan Dewan Rakyat hari ini setelah digantung enam bulan tetap berpendirian bahawa penggantungan mereka adalah tidak sah.

Keempat-empat mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang) digantung daripada menghadiri persidangan bermula 16 Disember lalu kerana mengaitkan firma perunding antarabangsa Apco Worldwide Bhd dengan Umno BN.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen hari ini, Anwar berkata, penggatungan mereka tanpa diberi peluang membela diri oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mempamerkan "kecacatan" Parlimen Malaysia.

"Saya kembali menyambung tugas tapi masih berpendirian penggantungan itu tidak memberi ruang kepada saya dan rakan-rakan untuk membela diri kami dan ini satu kecacatan dalam Parlimen Malaysia," kata beliau yang juga Ketua Umum PKR.

Menyuarakan nada yang sama, Azmin mendakwa penggantungan itu membuktikan Umno BN tida lagi berpegang kepada prinsip demokrasi sebaliknya menggunakan majoriti mudah untuk kepentingan mereka.

"Kita dapat lihat pimpinan hari ini khususnya BN tidak lagi berpegang keoada perinsip dan peraturan tapi berpegang kepada majoriti mudah yang ada dalam dewan untuk menafikan kesemua hak yang dijamin dalam perlembagaan," katanya.

Tegasnya, Pakatan Rakyat akan terus mendedahkan segala salah laku Umno BN di Dewan Rakyat agar rakyat faham apa sebenarnya yang berlaku di negara ini.

"Kita akan bongkar banyak peneyelewengan yang berlaku dalam tempoh enam bulan yang lalu dan kita akan mengambil bahagian secara aktif untuk memastikan perkara ini tidak mudah dilakukan pimpinan Kerajaan Pusat," katanya yang juga timbalan presiden PKR.

Sementara itu, Sivarasa menyifatkan penggantungan itu sebagai titik hitam dalam sejarah demokrasi Parlimen.

"Penggantungan kami pada 16 Disember merupakan satu tanda hitam yang kekal di Parlimen di Malaysia di mana cara penggantungan melanggar peraturan dan ini mencerminkan BN tidak sedia menjalankan Parlimen yang demokrasi dan ini membezakan BN dengan Pakatan Rakyat," katanya.

Usul untuk menggantung Anwar daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz itu diluluskan tanpa sebarang perbahasan.Hrkh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....