Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 20 Jun 2011

Haram Utusan : Sidang DUN Kelantan Hangat

Gambar Fail

KOTA BARU: Tindakan Kerajaan Negeri mengharamkan wartawan Utusan Malaysia membuat liputan semua program dan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran karikatur yang menghina Islam menjadikan sidang pada Isnin hangat memperdebatkan isu berkenaan.

Mat Yusoff Abd Ghani (BN-Nengiri) semasa membangkitkannya pada sesi perbahasan tentang rang undang-undang perbekalan tambahan dengan bertanya adakah adil kerajaan negeri mengecam Utusan Malaysia .

Beliau manambah isu yang diketengahkan akhbar itu telah dilaporkan oleh pelbagai pihak secara umum dan ia adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar itu sahaja kerana ia milik syarikat yang berorientasikan keuntungan.

Muhamad Mustafa (PAS-Demit) yang mencelah berkata, akhbar tersebut tidak seharusnya menjadi hamba kepada duit dengan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah melanggar hukum Allah.

Beliau berkata kerajaan negeri telah berlaku adil dengan tidak mengharamkan penjualan akhbar itu di Kelantan namun hanya menggunakan hak untuk memboikot Utusan Malaysia pada majlis-majlis rasmi.

Sementara itu, Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) mengatakan, adalah tidak wajar bagi Utusan Malaysia untuk memperkecilkan Islam dan hukum hudud terutamanya apabila yang berada di sebalik akhbar itu adalah beragama Islam.

"Saya masih ingat bahawa Kerajaan Kelantan juga melakukan protes terhadap akhbar Denmark kerana menyiarkan karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

"Tetapi dalam kes ini, terdapat satu akhbar Melayu yang melakukan perkara yang memberi kesan yang sama malah ia dilakukan oleh orang yang beragama Islam dan selagi mereka tidak meminta maaf, mereka haruslah menerima akibat daripada perbuatan yang dilakukan," katanya.

Setiasusaha Akhbar kepada Menteri Besar, Ahmad Fadhil Shaari memberitahu pemberita di sini pada Khamis bahawa Utusan Malaysia telah diharamkan daripada membuat liputan terhadap acara-acara yang di hadiri menteri besar dan persidangan dewan undangan negeri berkuatkuasa serta merta.

Beliau menambah bahawa pengharaman itu akan dilaksanakan sehingga akhbar itu meminta maaf di atas perbuatannya menyiarkan karikatur tersebut.Mstar

8 ulasan:

tungkaran hati berkata...

Saya masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini setelah Nik Aziz menjadi penentu, dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...! kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah Negara Islam yang berdaulat bukannya negara kebajikan seperti yang dikehendaki oleh DAP!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum......

PAS tidak berubah, masih kekal dengan prinsip perjuangannya.... bukankah negara kebajikan itu tuntutan agama Islam? Adill untuk semua???

Penyokong UMNO yg x paham apa itu ISLAM.... itu sebab cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai helah dan ayat yg tak difahaminya....

PAS tak pernah menjadi boneka kepada mana-mana pihak.... yang bodoh ialah ialah UMNO yg diperkudakan oleh MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain parti bukan Islam di Sabah dan Sarawak yg asek menipu rakyat dan memperbodohkan rakyat....

UMNO dinasihatkan berdiri atas namanya sendiri dan bertanding tanpa bergadung atau bersekongkol dengan parit-parti komponennya yang lain....

Tanpa Nama berkata...

UMNO bergabung atas dasar cina dan india juga rakyat, tetpi kenapa dulunya PAS menolak cina dan india kerana dikatakan kafir sesiapa yg bersama dgn bukan Islam tapi sekarang sudah belajar2 nak bersama dengan cina dan india tidakkah itu jatuh atas muka sendiri?ada dalil pula yg membenarkan pergabungan ini bilamana Pas yg berbuat demikian yg dulunya zaman PAS bersendirian terus menghukum kafir.. inilah yg dikatakan mengejar kuasa dan undi dan sudah lupa perjuangan sendiri seolah olah menghina perjuangan pemimpin pas terdahulu.Kebajikan apa yg pas nak perjuangkan kes bazar di KB pun membebankan rakyat,kes ladang rakyat pun menekan dan menghimpit rakyat diusir seperti binatang, perjuangan kepala bapak korang

Tanpa Nama berkata...

PENGHARAMAN HARAKAH DI NEGERI KERAJAAN PUSAT SUDAH DIBINCANGKAN APA DAN SIAPA YG RUGI?

Tanpa Nama berkata...

PENGGUGURAN USTAZ TAIB AZAMUDIN DAN MAHFUZ SEBAGAI SATU PENGHINAAN BESAR KEPADA PERJUANGAN PAS KEDAH, SEOLAH OLAH MEREKA INI TIDAK LAYAK UNTUK MEMIMPIN, SATU PENGHINAAN JUGA KEPADA AHL PAS KAWASAN BALING DAN POKOK SENA, DI BUANG SEPERTI SAMPAH TIDAK BERGUNA, ALMAKLUM MEREKA NI DARI KAMOPUNG TERPENCIL DAN MUNDUR MAKA SENANG2 MENCIPTA ALASAN LAIN, KAMI PEMUDA PAS BALING TERASA AMAT TERSINGGUNG DENGAN KEPUTUSAN MB, JGN SALAHKAN KAMI KIRANYA BALING DISERAHKAN KEMBALI KEPADA BN UNTUK PRU13, TAKBIRRRR

Blogger berkata...

Sudah lama bersama Pas tapi masih susah nak faham....macamana nak terus
berjuang kalau dgn isu sebegini pun dah pening...jangan jadi manusia yang kecewa dlm perjuangan,sebab takut jadi macam pejuang pas yang dah berpaling tadah...

Tanpa Nama berkata...

Jangan bimbang PAS memang berada di dalam landasan Al-Quran dan Sunnah.

Suatu ketika PAS tidak toleran dengan bangsa lain disebabkan mereka memandang PAS dan Islam sebagai musuh sebab ketika itu mereka tidak memahami Islam kerana banyak diberi maklumat salah oleh pemimpin UMNO yang beragama Islam.

Keadaan ini telah berubah malah bukan Islam telah memahami perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, malah bersedia mendokong bersama-sama keadilan Islam.

Malah ini adalah selaras dengan Sahifah Madinah iaitu deklarasi perlembagaan negara pelbagai bangsa dan agama yang pertama di dunia untuk penubuhan sebuah negara iaitu Madinah al Munawwarah.

Ini juga bertepatan dengan Hilf al-Fudul yang berlaku di zaman Jahiliyah yang berulang-kali diucapkan oleh Rasullulah S.A.W. tentang kesediaanya untuk menyertai bagi menegak keadilan seandainya berlaku lagi di zaman Islam.

Jadi hampa semua tok sah dok menembak PAS dengan peluru angin oooi, sebab kami berpegang kepada ajaran Islam dan berada di landasan yang benar-benar kukuh... InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

tungkaran hati,
sebenarnya pas telah melangkah kedepan dengan bersama pakatan pkr dan dap kerana dapat menyampaikan risalah kebenaran yang dibawa oleh rasullah swt secara terus kepada bukan islam(nun muslim) dan apa yang kita nampak kesan dari pakatan ini ramai bukan islam dah memehami islam inilah yang ditakuti oleh umno/bn yang sedaya upaya cuba memecahkan penyatuan tiga parti tersebut dengan berbagai tipu muslihat, kita kena paham negara ini mempunyai berbagai kaum dan agama selagi mereka yang bukan islam tidak memehami islam selagi itulah jangan harap islam boleh merentah(kecuali dikehendaki ALLAH SWT)nak harap kepada umno untok menyampaikan risalah islam ini kepada nun muslim jauh panggang dari api malah umno sekata dengan rakanya mca menolak islam jadi sangat sesuailah pas berada bersama pr.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....