Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 17 Jun 2011

Gambar : Sekitar Himpunan Boikot Utusan Di Medan Ilmu Kota Bharu













Sumber Gambar :Facebook Mohamad Fauzi Mohd Zain

 KOTA BHARU, 17 Jun: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyempurnakan Kempen Boikot Utusan yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, sebentar tadi.
Majlis pelancaran kempen itu bermula sebaik sahaja beliau mengakhiri kuliah pagi Jumaat di Dataran Ilmu, di sini pada jam 10.15 pagi.
Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan memangkah perkataan Utusan Malaysia pada kain rentang sebagai simbolik pelancaran memboikot akhbar milik Umno itu.
Sebelum itu, Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (gambar) dalam ucapan ringkas mengambil perkataan ‘Umno’ sebagai ungkapan kepada pemboikotan akhbar berkenaan.
Katanya, ‘UM’ adalah ringkasan kepada Utusan Malaysia dan ‘NO’ sebagai tidak, justeru 'katakan tidak pada Utusan’ dan ‘tidak pada Umno’.
Beliau yang juga Adun Mengkebang memberikan tiga sebab tindakan memboikot itu dilakukan kerana Utusan sudah menjadi akhbar yang memecahbelahkan perpaduan rakyat, menyebar unsur-unsur lucah dan fitnah.
Menurutnya, kemuncak kepada tindakan akhbar berkenaan sejak mutakhir ini boleh menimbulkan hura-hara di dalam negara ini.
Namun, tegasnya pemboikotan diambil sebagai menyatakan bantahan terhadap akhbar itu yang menyiarkan karikatur mengenai kes rogol yang jelas menghina hukum Allah SWT.
"Kalau dulu, akhbar Denmark yang menghina Islam, tapi hari ini akhbar utama dalam negara kita yang menghina agama Allah yang maha suci," ujarnya.
Justeru, beliau menyeru para pendukung PAS, Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat supaya tidak membeli akhbar tersebut.
"Kalau beli bermakna kita suburkan fitnah, lucah dan kita menghina Islam," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau turut mendesak akhbar berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam seluruhnya.
Tegasnya, penghinaan terhadap agama Allah yang dilakukan oleh Utusan tidak boleh dibiarkan kerana ia akan menyebabkan lebih banyak lagi penghinaan seperti itu dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Hrkh

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini baru betul.Kerja Pemuda PAS buat memorandum dan nak jumpa pulak orang Utusan adalah kerja sia-sia dan buang masa aje.Patut perhebatkan kempen boikot negeri demi negeri,bukan nak minum kopi dengan Utusan.Tantawi,Tantawi.Apalah nasib Pemuda PAS dapat ketua macam ni.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....