Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 27 Jun 2011

Bersih 2.0 : Pemuda PAS Dibebas Awal Pagi Tadi

KUALA LUMPUR 27 JUN : Tujuh pemuda PAS yang ditahan jam 11 tengahari semalam kerana memakai baju Bersih 2.0 di Taman Kosas, Ampang dibebaskan kira-kira jam 2 pagi tadi.

Mereka, Fadzlulrahimi Maarof, Shahril Suhaimi, Engku Faizan Engku Husien, Adha Isa, Fathullah Azam, Rozaimi dan Shafiee Yunos dibebaskan dengan jaminan polis selepas 15 jam ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya.

Kesemua mereka semalam ditahan kerana memakai baju berwarna kuning yang bertulis "Bersih 2.0" dalam tulisan jawi.

Terdahulu lebih 100 penyokong berkumpul di perkarangan pintu masuk IPD Ampang Jaya bagi mendesak kesemua yang ditahan dibebaskan.

Mereka berhimpun sejak jam 11 malam tadi dan turut disertai Adun Lembah Jaya, Kasim Abdul Aziz dan Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin semalam mendakwa mereka memakai baju berkenaan dan seolah-olah menyokong perhimpunan haram 9 Julai ini.

Beliau juga mendakwa mereka mengganggu-gugat ketenteraman orang ramai ketika menunggang motosikal di kawasan terbabit.

Sambil menyelar penahanan itu, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan polis itu telah memberi imej buruk terhadap penguatkuasaan undang-undang negara kepada dunia luar.

"Mereka hanya memakai baju dan menjual baju Bersih, apa salahnya?

"Ini hanya akan memburukkan imej perlaksanaan demokrasi dan penguatkuasaan undang-undang negara kita," lapor Harakahdaily.

Dalam satu lagi tangkapan, seorang pemuda, Mohamad Amin ditahan malam tadi di balai polis Gombak kerana memakai lencana kuning bertulis Bersih 2.0.

Beliau bagaimanapun dibebaskan selepas keterangan direkodkan pihak polis.

Sementara itu, di padang Gombak Ria pula, majlis penerangan dan pelancaran Bersih 2.0 terpaksa ditukar kepada ceramah Israk Mikraj ekoran dihalang lebih 50 anggota polis.

Kereta penceramah, Riduan Mohamad Nor yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS turut digeledah.

Pintu pagar masuk ke Pusat Khidmat Dun Gombak juga dikepong dan orang ramai dihalang masuk.

Majlis ceramah itu bagaimanapun diteruskan selepas polis mengenakan syarat tidak menyentuh isu himpunan Bersih pada 9 Julai ini.TVS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya phobia betul mereka dengan bersih....baju bersih tak boleh pakai..lagu yang ada perkataan bersih tak boleh nyanyi.. puisi bersih pun tak boleh.. tak lama lagi keluar berita seorang ibu di tangkap kerana kerana menyuruh anaknya bersihkan sampah...dbp sekarang tengah mencari perkataan baru yang sesuai untuk gantikan bersih..

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....