Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 5 April 2011

Speaker Tolak Cadangan Video Seks Ditayang Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 5 April — Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menolak keras cadangan agar ditayangkan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didedahkan “Datuk T”, di Parlimen.
Beliau (gambar) berkata demikian ketika memberikan respons terhadap kenyataan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang sebelum ini mencadangkan agar rakaman video seks itu ditanyangkan ketika sidang Parlimen.Sidang Dewan Rakyat akan berakhir minggu ini.
“Di sini ada peraturan dan kawalan ketika persidangan Parlimen dan saya telah ditanya oleh wartawan mengenai isu ini. Saya tidak menjawab soalan mereka, bukan kerana saya sombong.
“Tugas Speaker adalah seperti seorang hakim, seorang hakim tidak akan memberikan maklum balas dengan segera selepas ditanya mengenai perkara ini, kena ikut prosedur,” katanya.
Pandikar Amin juga menegaskan imuniti Parlimen tidak sepatutnya disalah guna dan ahli Parlimen tidak seharusnya menggunakan Dewan Rakyat untuk agenda politik dan peribadi.
Saf Anti Lucah (SAF) juga meminta ahli-ahli Parlimen tidak salah guna imuniti sehingga mencemarkan institusi Parlimen.
Imuniti Parlimen mula berkuat kuasa semasa seorang ahli Parlimen mengangkat sumpah dan ia hanya berkaitan dengan tanggungjawab yang diberikan; ia tidak boleh diguna pakai dalam hal-hal lain di luar Dewan Rakyat.
Melainkan ia ada kaitan dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu kontrak sosial, artikel mengenai kewarganegaraan, hak keistimewaan Bumiputera, Bahasa Malaysia dan segala bentuk persoalan yang bercanggah dengan undang-undang di bawah Akta Hasutan Pindaan 1971 yang diluluskan Parlimen ekoran peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
Ahli Parlimen juga dilarang mengkritik Yang di-Pertuan Agong dan Speaker.
Imuniti Parlimen dan lain-lain keistimewaan termaktub dalam Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan “Semasa sesi Parlimen, ahli Parlimen tidak boleh menggunakan perkataan yang tidak boleh digunakan dalam Parlimen, buang tuduhan-tuduhan tidak berasas, bagaimana saya boleh membenarkan tayangan yang bertentangan dan dilarang dalam Islam.

“Jadi jika anda mahu mempolitikkan isu ini, lakukan di luar Parlimen, kami telah menetapkan garis panduan yang perlu dipatuhi. Gunakan kedudukan ahli Parlimen untuk pertahankan diri. Tapi selagi saya masih Speaker saya tidak akan benarkan Dewan Rakyat digunakan untuk agenda politik atau peribadi,” kata Pandikar Amin.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga membidas cadangan Karpal sambil menegaskan pendedahan rakaman video seks itu bersifat jenayah dan ia harus diserahkan kepada pihak polis bukan Parlimen.
Beliau menambah, tayangan di Parlimen akan menyebabkan Dewan Rakyat tidak lagi dihormati.
Menurut Karpal, tayangan video seks itu perlu dipertontonkan kepada ahli-ahli Parlimen agar identiti lelaki dalam video itu dapat dikenal pasti.
Cadangan Karpal itu bagaimanapun disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz semalam tetapi dengan syarat ia mendapat persetujuan Speaker Dewan Rakyat.
Beliau berkata hanya Speaker Dewan Rakyat yang mempunyai kuasa menentukan perkara tersebut.
Rakaman video seks itu kali pertama ditayangkan kepada media di Carcosa Seri Negara pada 21 Mac yang mana ia didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.
Anwar juga telah menafikan beliau adalah lelaki dalam rakaman video seks itu dan menuduh Barisan Nasional (BN) adalah dalang disebalik pendedahan tersebut.
Tiga individu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim dilaporkan mengakui diri mereka sebagai “Datuk T”.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....