Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 4 April 2011

PKR Bertanding Di 49 Kerusi Di Sarawak

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 49 daripada 71 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April ini walaupun hanya menang di Padungan pada 2006 apabila pertama kali membuat penampilan dengan bertanding di 25 kerusi.
Ini menyebabkan parti itu akan terbabit dalam pertandingan tiga penjuru dengan Barisan Nasional (BN) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di lebih 20 kerusi.
Ketua PKR negeri Baru Bian disahkan akan sekali lagi bertanding di Ba'Kelalan, satu-satunya kerusi yang Barisan Nasional masih belum mengumumkan calonnya.
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini berkata PKR akan bertanding di 49 kerusi tetapi hanya memberikan senarai nama 47 calonnya tanpa memberikan nama calon bagi Jemoreng dan Semop.
Digugurkan ialah Dominique Ng yang menang di Padungan, kerusi yang ditukarkan dengan kerusi Batu Lintang antara PKR dan DAP.
Bercakap pada sidang media di sini, Azmin berkata PKR telah sebaik mungkin untuk mencapai persetujuan dengan parti-parti pembangkang dalam pembahagian kerusi tetapi gagal mencapai kata sepakat dengan SNAP dalam pembahagian kerusi di kawasan yang majoriti penduduknya etnik Iban.
Katanya PKR tidak akan bertanding di dua kawasan daripada 27 kawasan yang akan ditandingi oleh SNAP iaitu Pakan dan Marudi.
"Kami cuba menghormati semangat dalam Pakatan Rakyat untuk pertandingan satu lawan satu dengan BN.
"Bagaimanapun, dalam pertemuan terakhir, SNAP mendesak untuk bertanding di 27 kawasan, yang majoritinya daripada etnik Iban," katanya.

PKR memutuskan untuk meletakkan calon di 25 kawasan yang mahu ditandingi SNAP atas faktor "calon yang boleh menang" kerana calon-calon PKR dirasakan lebih baik, kata Azmin.
"Saya yakin calon-calon kami adalah yang terbaik. Daripada 49 orang, lebih 50 peratus adalah muka baru," kata Azmin.
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Sibu hari ini untuk menyerahkan surat perakuan daripada parti kepada 22 calon termasuk dua wanita.
Antara mereka ialah pemilik kedai runcit di Mukah, Suriati Abdullah, 50, yang akan mencabar Pengerusi BN negeri dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian.
Calon-calon: Boniface Willy Anak Tumek (Opar), John Tenewi Nuek (Tasik Biru), Wan Zainal Abdin Wan Senusi (Pantai Damai), Ali Hossen bin Abang (Demak Laut), Baharuddin. -BERNAMA

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....