Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 3 April 2011

Demonstrasi : Wajah Sebenar ' PDRM ' ( Video Inside )



KLANG 3 APRIL : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.

Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.

Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.

Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.

Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana
yang diharapkan oleh rakyat.

"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya, polis menggalakkan mereka," kata beliau.

Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata
kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.TVS

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tu bukan polis tuh anjing la

Tanpa Nama berkata...

Polis 1Malaysia baik-baik belaka, tak rasuah, tak salahguna kuasa, tak kroni, tak merompak, tak membunuh anak-anak muda...macam-macam tak lagi. Barua anak haramjadah polis 1Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Polis tak adil kepada masyarakat dan
pilih BN saja.

Tanpa Nama berkata...

Ong...Ong...Onggggggg....!!!

Tanpa Nama berkata...

Biar dia halang..
Lg dia halang lg ramai rakyat meluat..biar dia buat sebrutal yg boleh..Pru nti kita bg pelajaran yg dia x ble lupa smpai pencen..

Tanpa Nama berkata...

lihatlah para petugas keselamatan kamu dihina oleh para penyokong pembangkang sedemikian rupa, melabelkan kamu seperti anjing, kamu menjaga keselamatan negara, tentera dituduh dgn kapalselamnya, polis dilaungkan anjing bila melakukan tugas2 seharian seolah olah kamu tidak diperlukan lagi seandainya mereka berkuasa, begitu hina diperlakukan demikian, wahai para penjaga keselamatan negara fikirkanlah yg terbaik untuk menilai siapa yg menghargai tugas2 muliamu, para penyokong pembangkang ini tidak lagi memandang jasa2 kamu dikala mereka susah dan rasa tidak selamat, teruskan tugas2 kamu dan sentiasa ikhlas memberi tugas, segalanya terletak pada anda semua,fikirkanlah yang terbaik untukmembina negara yang aman. InsyaAllah

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....