Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 11 April 2011

Pilihanraya Sarawak : Tuduhan Taib Mahmud Umpama ' Meludah Ke Langit '

PULAU PINANG: Perbuatan Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menyelar Pakatan Rakyat (PR), umpama meludah ke langit dan terkena ke hidung sendiri, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Pulau Pinang, Mansor Othman.

Beliau berkata demikian apabila mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak itu yang sebelum ini menyifatkan PR, kononnya sebagai kaca murahan yang berpura-pura menjadi permata tulen sekiranya memenangi pilihan raya negeri 16 April ini.

“Apa dicakapnya itu kritikan kepada diri sendiri. Beliau seperti meludah ke langit yang akan terkena atas batang hidung sendiri.

“Rakyat sudah mula sedar apabila sepanjang pemerintahannya tidak mendatangkan apa-apa kepada mereka. Kini mereka sudah pandai dan tahu siapa yang selalu janji kosong,” kata Mansor ketika dihubungi KeadilanDaily, hari ini.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan kerajaan Sarawak di bawah Taib apabila beliau membandingkan Pulau Pinang di bawah PR.

“Selama 30 tahun Sarawak masih miskin, tetapi negeri di bawah PR baru tadbir dua tahun sudah nampak perubahan kerana Pulau Pinang mencatatkan negeri paling banyak menerima pelaburan daripada negara asing selain memberi pekerjaan kepada rakyat.

“Sebaliknya di Sarawak, Taib hanya membuka ladang-ladang untuk memberi pekerjaan kepada warga asing, tetapi rakyat sendiri hidup dalam kemiskinan,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....