Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 7 April 2011

Bila Dun S’wak dibubar, projek pembangunan mencurah-curah

PETALING JAYA: Petugas-petugas PKR hari ini mendedahkan bahawa projek pembangunan mencurah-curah masuk ke kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Nangka selepas Dun Sarawak dibubarkan.
Salah seorang petugas di kawasan itu, Halimey Abu Bakar berkata, “kini mereka sibuk mengetar jalan di Kampung Temayong yang selama 50 tahun hanya jalan tanah merah. Saya tidak nafikan di tempat-tempat lain begitu juga.
“Beginilah sikap kerajaan negeri, hanya membantu setelah mereka mahu mendapat undi. Rakyat Sarawak akan terus mundur dan ketinggalan jika BN (Barisan Nasional) terus menjadi pemerintah di negeri itu,” katanya kepada FMT.
Katanya, kira-kira 10 petugas PKR Selangor berada di Nangka bagi membantu calonnya Norisham Mat Ali.
Jurutera berusia 29 tahun ini akan mencabar calon BN, Anuar Rapee dari Parti Bersatu Bumiputera Sarawak (PBB) pada pilihan raya negeri (PRN) pada 16 April ini.
Halimey berkata, Kampung Temayong mempunyai kira-kira 2,600 pengundi kaum Iban yang terletak 40 kilometer dari pekan Nangka.

Sementara itu, sekumpulan lain Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR yang diketuai bekas Naib Ketua, Fariz Musa berada di kawasan Parlimen Mukah yang mana kerusi Balingian ditandingi Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Menurutnya, petugas-petugas PKR dari Semenanjung datang ke Sarawak untuk membantu calon parti itu yang bertanding.
“Kita datang kerana PKR bertanding… Umno pun tidak boleh juga. Datang atas tiket parti, bukan individu,” tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kononnya kehadiran petugas parti dari Semenanjung tidak dialu-alukan di Sarawak.
Beberapa pemimpin di Sarawak dikatakan tidak senang dengan cara pembangkang menggunakan taktik kasar semasa mengadakan ceramah politik di Sarawak.FMT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....