Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 23 Mac 2011

Fitnah Video Seks : Ulasan Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR: Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak fitnah terbaru video lucah yang cuba mengaibkan beliau dan keluarganya.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata sebarang tuduhan yang melibatkan maruah dan moral seseorang itu perlu ditolak sekiranya wujud kekeliruan, apatah lagi sekiranya berita itu datangnya dari orang yang diragui kebenaran percakapannya.
Bercakap kepada media di Pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen semalam Hadi menuntut rakyat Malaysia untuk menolak taktik kotor dan usaha pihak tertentu yang menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan lawan politik mereka.
Beliau merujuk kepada tindakan pihak tertentu yang menyebarkan video yang didakwa sebagai bukti salah laku seksual yang melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Amalan ini hendaklah dihentikan. Sebagai orang Islam, kita diajar untuk menjadi contoh yang baik. Tindakan pihak tertentu yang menyebarkan fitnah dengan menggunakan video adalah tidak bermaruah.
Anehnya, mengapa rakaman tersebut timbul pada hari yang sama dengan Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan. Mungkin ada kepentingan politik pihak tertentu,” ujarnya.
“Islam mewajibkan 4 orang saksi yang adil bermaruah untuk dikemukakan. Kita perlu perlu meneliti gambar dan peralatan dan individu yang membawa bukti itu sama ada ia mempunyai sifat jahat dan bohong. Sekiranya wujud, ia tak layak untuk dijadikan maklumat yang betul,” katanya.
Kepada satu soalan wartawan yang ditujukan kepada Anwar berkenaan sama ada beliau bersedia untuk bersumpah bagi menafikan keterlibatannya dalam video tersebut, Hadi bingkas menjawab bahawa sebarang tindakan lanjut adalah berdasarkan kedaulatan undang-undang.
“Perkara sumpah itu tidak perlu dibangkitkan. Kita kembalikan kepada mahkamah syariah. Yang akan menentukan siapa yang perlu bersumpah ditentukan oleh mahkamah,bukannya media,” kata Hadi.
Dalam pada itu, Hadi menjelaskan, kecelaruan yang kini berlaku di dalam negara adalah diakibatkan oleh ketiadaan pemisahan kuasa di antara politik, mahkamah dan pentadbriran.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyeru rakyat Malaysia mengutuk tindakan fitnah terbaru terbaru terhadap Anwar itu dan ia menunjukkan politik ‘pembunuhan karakter’ sudah mencapai ‘tahap baru’.

Kit Siang turut mempersoal pemasaan tayangan video itu yang bertepatan dengan masa pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Beliau turut berharap agar rakyat Malaysia, terutamanya di Sarawak tidak terpengaruh dengan taktik sebegitu rupa.
“Mereka yang mereka video itu berharap mendapat kelebihan dalam pilihan raya Sarawak. Ini adalah ujian kepada seluruh rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan taktik kotor sebegini. Semoga pilihan raya Sarawak mampu mengangkat semula martabat Malaysia,” kata Lim.
Terdahulu sebelum itu, pimpinan Pakatan Rakyat mengumumkan penyertaan dalam pilihan raya negeri Sarawak yang dijangkakan pada bulan April depan dengan kerjasama termasuk dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP).
Tiga pengarah jentera pilihan raya yang akan menyeleras jentera kempen Pakatan Rakyat adalah Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Tan Kok Wai dan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.Keadilandaily

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....