Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 23 Februari 2011

Analisis : Di manakah kesudahan strategi politik PAS?

Ekoran dari perkembangan terbaru dengan kematian ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, Perlis sahaja satu-satunya negeri yang belum diadakan pilihanraya kecil selepas PRU ke-12 lalu. Paling banyak ada di Pulau Pinang, iaitu 3 kali dan menjadi lebih menarik bila dua kerusi DUN dalam parlimen dalam Permatang Pauh, iaitu DUN Penanti dan Permatang Pasir serta Parlimen Permatang Pauh sendiri bertukar penyandang.
Kerusi parlimen Permatang Pauh diadakan pilihanraya kecil pada bulan Ogos, 2008, yakni tidak sampai 6 bulan dan menjadi yang pertama selepas PRU ke-12 lalu. Kerusi tersebut diserahkan semula oleh Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tahun 2009 bolehlah diistiharkan tahun pilihanraya kecil kerana sepanjang tahun tersebut sebanyak 8 pilihanraya kecil diadakan melibatkan 2 kerusi parlimen dan 6 kerusi DUN. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO (BN) dalam pilihanraya kecil diadakan pada bulan Januari, 2009 dan mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil pada bulan April, 2009.
Manakala bagi 6 kerusi DUN pula, semua parti mengekalkan kerusi DUN masing-masing pada PRK 2009, iaitu PKR bagi DUN Bukit Selambau (April, 2009) dan Penanti (Mei, 2009) dan PAS pula mengekalkan Manek Urai ((Julai, 2009) dan Permatang Pasir (Ogos, 2009) serta BN pula mengekalkan Batang Ai (April, 2009) dan Bagan Pinang (Oktober, 2009).
Tetapi pada tahun 2010, daripada 3 pilihanraya kecil Parlimen dan satu pilihanraya kecil DUN keadaan tidak lagi menyebelahi PR dan pencapaian BN menjadi semakin baik. BN (MIC) berjaya merampas kerusi parlimen Hulu Selangor (April, 2010) dari PKR tetapi BN (SUPP) kecundang di kerusi parlimen Sibu (Mei, 2010) kepada DAP serta BN (PBS) berjaya mempertahankan kerusi parlimen Batu Sapi (November, 2010). Nasib tidak menyebelahi PR, bila PAS kecundang kepada BN (UMNO) dalam PRK DUN Galas (November, 2010).
Tirai pilihnraya kecil pada 2011 merupakan ujian kepada BN (UMNO) pula sama ada mampu mengekalkannya atau pun tidak. BN (UMNO) memulakannya dengan baik bila ianya berjaya mengekalkan kerusi DUN Tenang, Johor (Januari, 2011).Sekarang perhatian tertumpu kepada kerusi DUN Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang pula.
Sekarang ini merupakan pertarungan antara UMNO dan PAS secara langsung. Sejak kalah dalam pilihanraya kecil DUN Galas tempohari, kelihatan PAS sedang mencari-cari strategi yang sesuai.
Bagi tahun 2009, ternyata ianya memihak kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat (PR) bila berjaya merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu melalui calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut (MAWE) yang juga ADUN Wakaf Mempelam.
Ekoran daripada kemenangan ini, PAS sekali lagi mempertarohkan Ir Mohd Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang yang juga bekas Menteri Besar Perak dan berjaya mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang.
Ini menjadikan kedua-dua ADUN ini (Wahid dan Nizar) memegang dua kerusi serentak, yakni kerusi DUN dan Parlimen, selain daripada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Parlimen Marang dan DUN Rhu Rendang).

Jika dilihat kepada perubahan kerusi diantara BN dan PR atau PAS dengan UMNO sepanjang 2008-2010, tidak banyak kesannya. UMNO dengan PAS boleh dikatakan seri dimana PAS berjaya merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu, tetapi UMNO pula berjaya merampas kerusi DUN Galas, Kelantan.
Selain itu, DAP berjaya menambah satu kerusi (Parlimen Sibu) dan PKR kehilangan satu kerusi (parlimen Hulu Selangor). Selain daripada kerusi tersebut, ianya dikekalkan kepada parti yang memenanginya dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
Ekoran kegagalan PAS mempertahankan DUN Galas, PAS memulakan eksperimen baru. Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya kecil PAS meletakkan calon wanita, Normala Sudirman (Cikgu Mala) dalam pilihanraya kecil DUN Tenang.
Tanpa menidakkan strategi PAS, pemerhati politik sedang melihat, adakah PAS konsisten dalam eksperimen terbaru yang sedang dilakukannya sekarang dikekalkan atau tidak, meletakkan calon wanita sekali lagi dalam pilihanraya kecil DUN Merlimau dan Kerdau?

2 ulasan:

UMNO PARTI PENJARA berkata...

kemenangan di pihak generasi muda dan generasi baru...










v

hussein berkata...

Hakikatnya PAS tak ada apa yang boleh dipanggil "strategi".Sejak puak-puak Trengganu bersarang diIbu Pejabat PAS diJalan Raja Laut,yang kononnya disebut "strategi" diuruskan oleh kuda-kuda tua yang sewajarnya sudah bersara dari politik.Itulah sebabnya calun PAS kalah cara berterusan diBagan Pinang,Galas dan Tenang.Kekalahan diGalas amat memalukan sebab Galas terletak dalam negeri yang dikuasai PAS tambahan pulak diGalas PAS "mempertahankan kerusi" bukan "menyerang".Kelemahan ini didiamkan oleh PAS Pusat sebab tak ada siapa yang berani atau berminat nak berlawan pedang(cross sword) dengan Presiden.Menjawab soalan yang jadi tajuk citer ini,itulah "kesudahannya".Sama-sama kita tunggu keputusan Merlimau dan Kerdau.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....