Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 24 Januari 2011

Terkini : Kerajaan Selangor Gagal Pinda Perlembagaan Negeri



SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal mendapatkan majoriti hasil undian belah bahagi pada pukul 6.25 petang Isnin bagi meminda Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Dengan undi 34 bersetuju dan 20 menentang, kerajaan negeri tidak mempunyai majoriti dua pertiga untuk meneruskan bacaan kali kedua dan ketiga.
Kerajaan negeri memerlukan undi sebanyak 38 bagi meluluskan Rang Undang-undang berkenaan.
Jumlah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ialah 56 dengan Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) ialah 20.

Satu lagi kerusi iaitu Pelabuhan Klang bagaimanapun diisytiharkan kosong pada 19 Januari lalu ekoran penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah gagal menghadiri sidang DUN lebih daripada enam bulan.
Sidang tergempar DUN Selangor yang diadakan hari ini bertujuan meminda Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Ia bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri yang kini terletak pada pertadbiran pusat.
Sementara itu Speaker, Datuk Teng Chang Khim pada sidang media selepas itu berkata, beliau tidak mengundi pada sesi undi belah bahagi kerana kedudukannya bukan sebagai undi penentu.
"Kecualilah jumlah undinya sama dan memerlukan undi penentu, baru speaker akan mengundi," katanya.
Jelas beliau lagi, walaupun kerajaan negeri gagal meminda perlembagaan pada hari ini, Rang Undang-undang berkenaan boleh diusulkan sekali pada bila-bila masa.
"Tak menjadi masalah kalau nak bawa semula Rang Undang-undang ini pada masa hadapan," katanya.
Isu ini timbul ekoran bantahan kerajaan Selangor terhadap pelantikan Datuk Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru berkuat-kuasa 1 Januari lalu tanpa melalui pengetahuan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.Mstar

1 ulasan:

Amuraria berkata...

BERJAYALAH GENG PENGKHIANAT DAN GENG MAMAK KUTTY DALAM LANJUTAN PENDERHAKAAN MEREKA TERHADAP SULTAN DAN SELANGOR ! KINI RAKYAT SELANGOR PATUT BUKA MATA & MINDA SAPA YANG SEBENAR PENGKHIANAT ?

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....