Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 22 Januari 2011

PRK Tenang : Kempen Bermula,5 Ceramah Mega Pada Hari Pertama

LABIS - Sempena hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Tenang yang akan diadakan pada hari ini sebanyak lima ceramah mega akan diadakan .

Ceramah tersebut akan disampaikan oleh tokoh-tokoh besar Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PAS akan menyampaikan ceramah di Felda Cemplak, dimana kontinjen negeri Terengganu berkampung.

Manakala Anwar akan berada di tiga tempat: Felda Tenang, Taman Gunung Emas dan Kampung Sawah Baru
Imbang Penuh
Selain itu Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji MohamadSabu akan menyampaikan ceramahnya di Felda Cemplak Barat, besama Hanipah Maidin, Dato' Teng Chai Kim dan YB Taufik Abdul Ghani.

Sementara itu, keadaan Labis yang sunyi sehingga jam 2.30 pagi tadi, menjadi sesak pada pagi ini apabila ahli dan penyokong Pakatan Rakyat mula ytiba sejak jam 3.00 pagi.

Penamaan calon PRK Tenang yang diadakan pada hari Sabtu, dijangka menghimpunkan ramai penyokong baik Pakatan Rakyat mahu pun Barisan Nasional.

Pilihanraya DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya.

Pakatan rakyat telah memberi kepercayaan kepada PAS untuk bertanding dalam PRK Tenang, dan melakukan kejutan dengan meletakkan seorang calon wanita, anak tempatan, Cikgu Normala SudirmanBO

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....