Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 22 Januari 2011

PRK Tenang : ' Fitnah Zina ',Jawapan Cikgu Mala

Lihat bagaimana mereka tanpa segan silu memulakan fitnah terhadap calon Cikgu Mala:

Suara Dari Bumi:
"Normala tinggalkan suami lama kejar Maarof kerana maarof kaya.DIA ada skandar sebelum kahwin.Ingat pas ingat zina ingat pas ingat maksiat"

"Tanya cikgu tenang semua tahu cerita ni.,kenapa calon pas jadi tak bermoral ni"

"Jawap le kenapa dia ada hubungan dengan maarof sedangkan masa tu dia masih bini orang"

Pas Beruk:
"TERKINI: BIAR BETUL....
CIKGU MALA ADA MAIN KAYU TIGA SEBELUM KAHWIN??... JGN BUAT FITNAH BRO...
TAKKAN AKU NAK TANYA SENIDIRI DGN MAAROF, YG KAYA TU?
TAKKAN LAH SEBUT PAS SAHAJA, ZINA... SEBUT PAS AJA, MAKSIAT... BUKAN SEMUA PEMIMPIN PAS TAK BERMORAL... BIAR BETUL BRO!!!
TUIH!! "

Kredit Untuk Pria Malaya


JAWAPAN CIKGU MALA :

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman menegaskan bahawa dakwaan zina yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak berasas sama sekali.
“Bukan satu perkara yang menghairankan kerana isu fitnah dan provokosi merupakan perkara biasa yang berlaku dalam mana-mana PRK.
“Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan sedangkan hakikatnya mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS pada Sabtu.

Normala berkata demikian sebagai mengulas dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook yang menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.
Penulis yang dikenali sebagai ‘Suara Dari Bumi’ mendakwa bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.
Mengulas lanjut mengenai dakwaan penulis blog itu, Normala yang juga Ketua Muslimat PAS kawasan Labis berkata perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya dan beliau percaya Allah akan memberinya perlindungan daripada fitnah tersebut.
“Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah SWT dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata isu fitnah ‘zina’ itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.
“Saya sangat terkejut dengan fitnah tersebut yang digunakan pihak tertentu untuk perang psikologi kalangan pengundi di sini.
“Justeru itu persiapan mental dan fizikal telah dipersiapkan untuk menghadapi segala kemungkinan serta tidak tergugat dengan fitnah tersebut,” katanya.
Tegasnya, peribadi dan keterampilannya sebagai calon akan sentiasa dititik beratkan dalam memastikan imejnya sebagai wanita muslimah tidak terjejas.
Normala turut menggesa mereka yang terlibat dalam fitnah segera meminta maaf kepadanya kerana telah membuat tuduhan palsu tanpa bukti kukuh.Mstar

ARTIKEL BERKAITAN BACA DISINI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....